• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia EV2, Jarak Lebih 440 KM, EV Kompak Saiz Setara Ativa!

Kia EV2, Jarak Lebih 440 KM, EV Kompak Saiz Setara Ativa!

January 10, 2026 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KIA memilih Brussels Motor Show 2026 untuk memperkenalkan model elektrik keenamnya, Kia EV2.

Di bawah tema The Power of Firsts, EV2 ditampilkan sebagai model kompak yang mampu menawarkan ruang luas, praktikal dan menyeronokkan, walaupun bersaiz kecil.

EV2 ialah model paling kecil dalam barisan EV Kia, direka untuk pemandu EV kali pertama dan pembeli baharu yang mahukan SUV bandar yang praktikal tetapi tetap versatil sebagai kenderaan utama.

Rekaan Kompak 

Bahagian hadapan menonjol melalui lampu menegak dan signatur Star Map generasi terkini.

Dari sisi, jelas kelihatan badan yang kompak namun rugged dengan pendakap badan dari fender depan sehingga belakang.

Rekaan belakang pula menggunakan lampu yang diletakkan jauh ke luar untuk memberi efek lebar. Dari sudut ini, permukaan belakang nampak kemas, besar dan unik dengan lampu sebaris pendakap roda sisi.

Bagi pelanggan yang mahukan penampilan lebih ekspresif, varian EV2 GT-Line dilengkapi bampar khusus dan beberapa lagi ciri-ciri berbeza.

  • Dimensi: 4,060 mm (p) x 1,800 mm (l) x 1,575 mm (t)
  • Jarak roda: 2,565 mm

Berdasarkan dimensi ini, EV2 berada dalam lingkungan saiz Perodua Ativa dan secara keseluruhannya EV Korea ini sedikit pendek (-5 mm), lebih lebar (+90 mm) dan lebih rendah (-60 mm).

Jarak roda pula lebih panjang (+40 mm) dan biasanya diterjemah kepada ruang kaki lebih luas.

Dalaman Picnic Box

Bahagian dalaman EV2 direka sebagai Picnic Box dengan ruang peribadi yang tenang dan selesa. Susun atur kabin merangkumi:

  • Skrin lebar: 12.3-inci kluster, 5-inci panel penghawa dingin, 12.3-inci infotainmen
  • Reka bentuk mendatar yang menonjolkan keluasan visual
  • Bahan fabrik yang memberikan rasa hangat dan tekstur selesa
  • Lampu ambien yang menyeluruh dan boleh disegerakkan dengan lampu isyarat
  • Susun atur butang fizikal mengikut kekerapan penggunaan untuk mengurangkan gangguan

Ruang simpanan turut diberi perhatian dengan konsol bawah fleksibel, pad pengecasan tanpa wayar, pemegang cawan boleh laras perehat lengan pada pintu jenis terpisah.

Ruang & kegunaan

  • Penukar gear shift-by-wire yang melapangkan ruang konsol tengah
  • Tempat duduk baris kedua melungsur dan boleh baring, ruang kaki sehingga 958 mm
  • Ruang kargo sehingga 403 liter dan frunk.

Kia turut menambah sentuhan emosi melalui paparan HELLO 🙂 ketika masuk dan HAVE A NICE DAY ketika keluar.

Ciri kemudahan lain termasuk:

  • Antaramuka digital peribadi bersama Kia AI Assistant
  • Digital Key 2, kemas kini OTA dan fungsi Kia Upgrades
  • Audio premium Harman/Kardon
  • USB-C 100W
  • Pet Mode untuk menjaga keselesaan haiwan peliharaan

Rangkaian kuasa & pengecasan

  • Dua pilihan bateri: 42.2 kWj dan 61.0 kWj
  • Jarak WLTP sehingga 317 km (standard-range) atau 448 km (long-range)
  • Pengecasan pantas DC 10–80% dalam 29 minit / 30 minit
  • Sokongan pengecasan AC 11 kW / 22 kW

Kawalan & keselesaan

  • Stereng C-MDPS (column-type motor driven power steering) output tinggi dengan nisbah stereng dioptimumkan untuk ruang sempit bandar
  • Suspensi belakang CTBA (coupled torsion beam axle) dengan sesendal hidro (bushings hidro) untuk mengurangkan getaran

Keselamatan & bantuan pemandu

  • FCA 2.0, HoD, LKA 2, HDA 2, RSPA
  • Pillar A lebih nipis dan kaca pintu belakang lebih rendah untuk pandangan lebih jelas
  • Fungsi EV pintar seperti EV Route Planner, Plug & Charge, V2L/V2G

Pengeluaran

Pengeluaran EV2 bermula suku pertama 2026 untuk model standard-range dan disusuli varian long-range dan GT-Line.

Bagaimana dengan pasaran tempatan? Kia di antara yang terawal menawarkan EV di pasaran tempatan melalui model EV5 dan kini hanya tinggal EV9.

Di bawah pengurusan baharu, Kia Sales Malaysia, elok jika EV2 dibawa ke dalam negara melalui pakej CKD untuk mendapatkan harga yang menarik.

Spesifikasi Teknikal Kia EV2 (Pra-homologasi Eropah)

Dimensi

  • Panjang: 4,060 mm
  • Lebar: 1,800 mm
  • Tinggi: 1,575 mm
  • Jarak roda: 2,565 mm

Bateri & Jarak Pemanduan

  • Standard-range: 42.2 kWj, jarak sehingga 317 km (WLTP)
  • Long-range: 61.0 kWj, jarak sehingga 448 km (WLTP)

Pengecasan

  • DC Pengecasan pantas (10–80%): 29 minit (standard-range), 30 minit (long-range)
  • AC (11 kW / 22 kW): 4:05 / 2:35 jam (standard-range), 5:35 / 3:00 jam (long-range)

Tayar

  • 205/65 R16 (standard-range)
  • 215/50 R18 (long-range)
  • 225/45 R19 (GT-Line)

Ruang Kargo

  • 362 liter untuk konfigurasi 5-tempat duduk standard
  • 403 liter apabila tempat duduk belakang dilungsur ke hadapan

Kemudahan & Teknologi

  • Digital Key 2.0 untuk akses tanpa kunci
  • Remote Smart Parking Assist (RSPA Entry)
  • Lampu utama LED MFR
  • Audio premium Harman/Kardon
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Grid (V2G)
  • Over-the-Air (OTA) updates serta Kia Upgrades

Teknologi Bantuan Pemandu (ADAS)

  • Forward Collision-Avoidance Assist 2 (FCA 2)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist – R/P (BCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA) & Lane Following Assist 2 (LFA 2)
  • Smart Cruise Control 2 (SCC 2) dan Intelligent Speed Limit Assist (ISLA)
  • Highway Driving Assist 2 (HDA2)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Parking Collision-Avoidance Assist (PCA-R)
  • Safety Exit Warning (SEW)
  • Parking Distance Warning (PDW) untuk depan, belakang dan sisi
  • Surround View Monitor (SVM), Rear View Monitor (RVM) dan Blind-spot View Monitor (BVM)
  • Driver Attention Warning (DAW)

Kia EV2 GT-Line

Kia EV2 Standard

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kia, Kia EV2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my