• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasport, MyKad Wajah Baharu Diperkenal dalam Enam Bulan

Pasport, MyKad Wajah Baharu Diperkenal dalam Enam Bulan

January 9, 2026 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan

MALAYSIA akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan akan datang sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara dan mengekalkan tahap kebolehpercayaan tinggi di peringkat antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengenalan dokumen baharu itu adalah pencapaian penting, lebih-lebih lagi ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.

Menurut beliau, kedudukan pasport Malaysia yang berada pada tangga ketiga paling dipercayai dari sudut kebebasan perjalanan tanpa visa menjadi kayu ukur utama kepada keperluan memperkenalkan wajah baharu dokumen tersebut.

Itu penting sebab dokumen pasport kita sekarang ini nombor tiga paling dipercayai diukur dari sudut pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan kelulusan visa untuk travel. Itu kayu ukur yang penting.

"Dengan status kebolehpercayaan pasport kita, jadi kita akan memiliki pasport berwajah baharu bagi rakyat Malaysia dalam enam bulan daripada sekarang," katanya.

Ciri Keselamatan Dipertingkat Sejajar Keperluan Semasa

Saifuddin menjelaskan, pembaharuan pasport dan MyKad melibatkan peningkatan ciri keselamatan lebih spesifik, sejajar keperluan untuk memperbaharui dokumen keselamatan negara selepas tempoh penggunaan tertentu.

Ciri keselamatan yang spesifik ini kami pertingkatkan. Yang ada sekarang pun sudah teruji, sebab itu ranking pasport kita antara terbaik, 10 terbaik di dunia.

"Namun selepas satu tempoh, ada keperluan untuk negara mengeluarkan dokumen keselamatan baharu," katanya.

Tambah beliau, penambahbaikan itu bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya bagi mengelakkan isu pemalsuan dokumen serta memastikan integriti sistem pengenalan diri negara terus terpelihara.

Spesifikasi Dibangunkan, Diperakui

Menurut beliau lagi, proses pembaharuan itu melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang kini sudah dibangunkan dan diperakui.

Kerajaan juga memberi jaminan orang ramai akan dimaklumkan lebih awal, kira-kira enam bulan sebelum pelaksanaan, bagi mengelakkan situasi rakyat berpusu-pusu atau berebut mendapatkan pasport atau MyKad baharu.

Pakai saja dokumen sedia ada sehingga tamat tempoh sah. Bila sampai masa untuk penukaran barulah ditetapkan. Tarikh pelaksanaan, ciri-ciri serta pengumuman lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Dalam Negeri (KDN), MyKad, MyKad Wajah Baharu, Pasport Malaysia, Passport Wajah Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my