• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Hyundai Tucson CKD (2015)

PREVIU: Hyundai Tucson CKD (2015)

March 18, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Tucson_EleganceBERITA baik buat mereka yang sedang merancang membeli kenderaan baharu terutamanya jenama dari Korea. Ini kerana Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru saja memperkenalkan model Tucson 2.0L versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga lebih murah.

Tucson ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0L Elegance dan 2.0 Sport. Lebih menarik, harga Hyundai Tucson versi CKD dari kilang Inokom, Kulim, Kedah itu berjaya dikurangkan sebanyak 10 peratus berbanding model diimport sepenuhnya (CBU).

HARGA: (atas jalan tidak termasuk insurans)

  • Hyundai Tucson 2.0 Elegance - RM115,888
  • Hyundai Tucson 2.0 Sport - RM132,888

Tucson_SportTERIMA PENAMBAHBAIKAN

Biarpun mengalami penurunan harga, model yang sudah mencatatkan jualan global lebih 2juta unit sejak mula diperkenalkan pada 2004 itu menerima penambahbaikan lampu nyalaan siang LED bersama tempat duduk kulit bagi semua varian.

Walau bagaimana, aspek mekanikal masih kekal dengan penggunaan enjin 2.0L NU yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 156hp pada 6,200rpm.

Tucson_Sport_1    Tucson_Sport_Back

MAMPU MILIK

Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun berkata, Tiucson adalah antara model popular Hyundai dan pengenalana versi CKD pasti menjadi antara SUV mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Hadir bersama jaminan lima tahun atau 300,000km had perbatuan (mana tiba dahulu), Tucson ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik; Pure White, Titanium Grey, Hyper Metallik dan Pepper Grey.  Empat warna eksklusif turut ditawarkan  untuk varian Sport iaitu Remington Red, Phantom Black, Sleek Silver dan Platinum Silver.

Maklumat lanjut termasuk tempahan, sila kunjungi bilik pameran Hyundai terdekat atau hubungi talian bebas tol Hyundai di talian 1-300-13-2000.Locally Assembled Tucson Spec Sheet

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: CBU, CKD, HSDM, Hyundai Tucson, Hyundai Tucson 2.0 Elegance, Hyundai Tucson 2.0 Sport, Hyundai-Sime Darby Motors, Lau Yit Mun, Pandu uji Hyundai Tucson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev