• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kumpul Lebih 25,000 Pemilik dalam Tiga Tahun, BYD Kekal Jenama EV No. 1 Malaysia

Kumpul Lebih 25,000 Pemilik dalam Tiga Tahun, BYD Kekal Jenama EV No. 1 Malaysia

December 15, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

BYD - EV nombor satu Malaysia

PENGEDAR rasmi kenderaan elektrik (EV) BYD di Malaysia, BYD Sime Motors mencatat satu lagi pencapaian penting apabila meraikan ulang tahun ketiga operasi dengan lebih 25,000 unit EV BYD kini berada atas jalan raya Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai jenama EV nombor satu negara.

Lebih sekadar angka jualan, kejayaan itu mewakili lebih 25,000 pemilik kenderaan BYD yang secara kolektif membantu mengurangkan lebih 62,000 tan emisi karbon dioksida (CO₂) setiap tahun, bersamaan penanaman hampir 2.5 juta pokok, satu sumbangan besar ke arah mobiliti lestari dan alam sekitar lebih hijau.

Portfolio EV Terbesar di Malaysia

BYD Atto 2
BYD Seal 6

Setakat ini, BYD Sime Motors menawarkan portfolio EV elektrik penuh terbesar Malaysia, dengan tujuh model diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun. Model paling laris, BYD Atto 3, kekal sebagai peneraju kenderaan utiliti sukan (SUV) EV segmen-C yang kompetitif.

Tahun ini juga menyaksikan barisan produk BYD terus berkembang menerusi pengenalan BYD Atto 2, BYD Seal 6, dan versi naik taraf BYD Seal. Barisan itu merangkumi pelbagai segmen, daripada sedan, SUV hingga kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi memenuhi keperluan pengguna dari peringkat permulaan hingga premium.

Komitmen Terhadap Mobiliti Elektrik Malaysia

Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront
Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, pencapaian ini mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap teknologi EV BYD.

Memiliki lebih 25,000 pemilik BYD di Malaysia adalah pencapaian yang amat membanggakan.

"Ini membuktikan peralihan ke arah EV semakin pantas, dan kami komited untuk terus menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih hijau, pintar dan selamat," katanya.

BYD Sime Motors Malaysia

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan menegaskan BYD kini menjadi tonggak utama dalam portfolio automotif Sime Motors.

Dalam tempoh tiga tahun, BYD mengubah landskap automotif Malaysia. Dengan rangkaian jualan dan selepas jualan kukuh serta tenaga kerja EV terlatih, kami bersedia memacu penerimaan EV secara lebih meluas," katanya.

Rangkaian, Infrastruktur Menyeluruh

Bagi menyokong pertumbuhan pesat itu, BYD Sime Motors kini mengendalikan:

  • 39 pusat jualan dan pemasaran
  • 24 pusat servis selepas jualan
  • 12 pusat badan dan cat bertauliah
  • Gudang alat ganti berpusat dengan lebih 4,600 item dan kadar ketersediaan 94 peratus

Lebih 1,000 kakitangan tempatan turut dilatih melalui pusat latihan khusus BYD bagi memastikan standard servis dan teknikal bertaraf global.

Pelan 2026, Tawaran Akhir Tahun

Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront
Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront

Menjelang 2026, BYD Sime Motors merancang peluasan rangkaian, integrasi teknologi lebih canggih dan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi mewujudkan nilai mampan dan peluang pekerjaan.

Pada masa sama, dengan pengecualian cukai penuh EV import (CBU) dijangka tamat, pengguna disarankan merebut peluang tawaran hujung tahun dengan penjimatan hingga RM20,000 bagi model terpilih BYD.

Maklumat lanjut boleh layari  byd.simemotors.my  atau ikuti BYD Cars Malaysia di Facebook dan Instagram.

BYD Atto 2
BYD Atto 3
BYD Dolphin
BYD M6
BYD Seal 6
BYD Sealion 7
BYD Seal
Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront
Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront
Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BYD Malaysia, BYD Sime Motors, EV, EV No. 1 Malaysia, EV Nombor Satu Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my