• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sport-Touring Generasi Baharu Kawasaki Ninja 1100SX Kini di Malaysia, Harga RM71,400

Sport-Touring Generasi Baharu Kawasaki Ninja 1100SX Kini di Malaysia, Harga RM71,400

December 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

PENGELUAR dua roda tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), melalui pengedar Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), memperkenalkan model touring generasi kelima, Kawasaki Ninja 1100SX yang membawa peningkatan besar dari segi prestasi dan keselesaan.

Model baharu itu mewakili evolusi terpenting dalam segmen sport touring Kawasaki, dengan gabungan kuasa supersport dan kemampuan tunggangan jarak jauh lebih matang dan selesa berserta tawaran harga mampu milik, RM71,400.

Enjin 1,099cc Lebih Berkuasa

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

Dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 1,099cc DOHC, Kawasaki Ninja 1100SX menghasilkan output kuasa 100kW (134hp) @ 9,000rpm dan tork 113Nm @ 7,600rpm.

Output kuasa itu bukan saja menjadikan motosikal tersebut tangkas di lebuh raya, tetapi cukup bertenaga untuk tunggangan sportyatas laluan berliku.

Direka untuk Keselesaan, Aerodinamik

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

Kawasaki Ninja 1100SX mengekalkan DNA sportbike Kawasaki, yang direka semula dengan menumpukan ciri touring seperti:

  • Ergonomik mesra penunggang
  • Visor angin boleh laras
  • Aerodinamik lebih halus dan stabil
  • Rekabentuk kemas dengan sentuhan premium

Warna pilihan untuk pasaran Malaysia ialah: Emerald Blazed Green (hijau) dan Metallic Diablo Black (hitam).

 

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

Ciri Utama Kawasaki Ninja 1100SX

Model sport touring itu turut dilengkapi pelbagai ciri moden seperti:

  • Fungsi Pengurusan Belokan Kawasaki (KCMF)
  • Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Mod Kuasa dan Mod Tunggang
  • Casis aluminium tiub kembar (twin-tube) yang lebih stabil dan tangkas
  • Fork terbalik (USD) 41mm boleh laras (depan), dan monoshock gas back-link (belakang)
  • Sistem brek cakera kembar 300mm (depan), dan brek cakera tunggal 250mm (belakang)
  • Sistem lampu LED penuh
  • Panel meter TFT
  • Kapasiti tangki 19 liter

Kenyataan Rasmi Modenas

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Hitoshi Inoue berkata;

Ninja 1100SX mewakili Kawasaki pada tahap terbaik, direka untuk penunggang yang mahukan prestasi mengujakan dan keselesaan touring luar biasa.

"Dengan peningkatan generasi baharu ini, kami berbangga menawarkan pengalaman sport-touring kelas perdana kepada rakyat Malaysia."

Harga, Ketersediaan

Harga RM71,400 adalah tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Kawasaki Ninja SX1100 kini boleh didapati di semua pengedar Kawasaki All-Star seluruh negara. Unit pameran dan motosikal ujian sedang dihantar secara berperingkat.

Maklumat lanjut pembelian boleh menghubungi pengedar Kawasaki terdekat atau WhatsApp Kawasaki Sales Team di +6019-570 8135.

Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia | Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Hitoshi Inoue
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia
Kawasaaki Ninja 1100SX kini di Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Emos, Kawasaki Motor Corporation (KMC), Kawasaki Ninja 1100SX, Modenas, roda2, sport-touring, Sport-Touring Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my