Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Edisi Khas Sempena Tribut – 911 GT3 90 F A Porsche Diperkenal, 90 Unit Sahaja
Roda4

Model Edisi Khas Sempena Tribut – 911 GT3 90 F A Porsche Diperkenal, 90 Unit Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata12/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche

SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-90 Ferdinand Alexander Porsche (F A Porsche), jenama dari Stuttgart, Jerman itu memperkenalkan model istimewa Porsche 911 GT3 90 F A Porsche.

Model itu adalah tribut kepada mendiang F A Porsche, iaitu individu yang membentuk identiti model ikonik 911 sejak era awal.

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche

Model ini diilhamkan daripada 911 G-Body yang pernah dipandu F A Porsche sendiri pada era 1980-an, dan diterjemah semula melalui program Sonderwunsch Manufaktur yang  dihasilkan 90 unit sahaja, termasuk satu unit khas untuk anak mendiang, Mark Porsche.

Pembeli turut ditawarkan program konsultasi peribadi eksklusif bagi menetapkan kemasan dan spesifikasi akhir sebelum pengeluaran bermula pertengahan 2026. Porsche 911 GT3 90 F A Porsche dijual pada harga AS$387,000 (RM1,590,570), tidak termasuk cukai, yuran dan kelengkapan pilihan.

Warisan F A Porsche

Logo Porsche Design

Ferdinand Alexander Porsche (lahir 11 Disember 1935) membesar dengan minat mendalam terhadap rekabentuk. Selepas menimba pengalaman di bahagian pemodelan Porsche sejak 1957, beliau mengetuai unit rekabentuk untuk menghasilkan model penting seperti 901/911, 804 Formula One dan 904 Carrera GTS.

Pada 1972, beliau menubuhkan Porsche Design bersama abangnya Hans-Peter untuk menghasilkan produk jam mekanikal, kaca mata, pemetik api dan peralatan menulis yang menjadi ikon global.

Bangunan Studio F A Porsche di Zell am See

Studio itu turut merekabentuk produk industri dan peralatan rumah pelbagai syarikat antarabangsa di bawah label Design by F A Porsche.

Walaupun meninggal dunia pada 5 April 2012, legasi mendiang diteruskan Studio F A Porsche di Zell am See, yang kekal dengan falsafah rekabentuknya, iaitu tidak mengikut trend semasa, tetapi mengutamakan fungsi dan rekaan malar segar (timeless).

Rekabentuk Luaran, Dalaman: Ilham 911 Peribadi F A Porsche

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
  • Warna eksklusif F A Green Metallic dibangunkan khas, berasaskan tona Oak Green metallic milik 911 F A Porsche sendiri
  • Rim Sport Classic dengan kemasan Satin Black (hitam), tidak ditawarkan pada 911 GT3 Touring standard
  • Penutup hab roda tertera logo Porsche 1963, manakala gril penutup enjin belakang menampilkan plak emas ’90 F A Porsche’

Bahagian dalaman pula menterjemah cita rasa peribadi F A Porsche menerusi pilihan bahan dan tekstur:

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
  • Jahitan Limestone digandingkan dengan kulit Truffle Brown Club
  • Kemasan tempat duduk menggunakan kain F A Grid-Weave, diilhamkan daripada corak sport coat kegemaran mendiang
  • Corak itu menggabungkan lima warna: hitam, hijau, coklat truffle, krim dan merah Bordeaux
  • Kain sama turut digunakan untuk ruang simpanan laci papan pemuka dan alas ruang bonet
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
  • Rekaan jam tangan Sport Chrono mengambil ilham Chronograph 1, satu-satunya milik F A Porsche
  • Tuil gear menggunakan kayu walnut jenis pori terbuka (open-pore)
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
  • Plak khas dengan tandatangan F A Porsche, bentuk asal 911 dan tanda one of 90 ditempatkan pada papan pemuka
  • Bahagian belakang tempat duduk menerima sulaman Limestone Beige dengan logo edisi khas
  • Ruang storan konsol tengah disulam grafik sama seperti plak gril belakang

NA Boxer 502hp

  • Model koleksi ini berasaskan Porsche 911 GT3 dengan Touring Package, iaitu varian yang lebih bersahaja daripada jentera berasaskan litar, dan dilengkapi spoiler belakang adaptif
  • Dikuasakan enjin aspirasi natural (NA) Boxer 4.0L berkuasa 502hp dan tork 449Nm

Jam Porsche Design Chronograph 1

Jam tangan Porsche Design Chronograph 1
Jam tangan Porsche Design Chronograph 1

Setiap pembeli Porsche 911 GT3 90 F A Porsche akan menerima jam tangan edisi eksklusif Chronograph 1. Seperti semua jam tangan Porsche Design, Chronograph 1 disahkan Insititut Ujian Kronometer Swiss Rasmi (COSC) dan dibina tangan di kilang pembuatan milik Porsche di Switzerland.

Jam tangan Porsche Design Chronograph 1

  • Menggunakan Super-LumiNova® yang mirip patina radium/tritium klasik
  • Logo Porsche Design lama pada kunci tali dan crown
  • Inisial F A Porsche menggantikan logo Porsche Design pada posisi jam 3, seperti jam milik mendiang sendiri
  • Rotor automatik diilhamkan daripada rekabentuk rim kereta edisi khas itu
  • Nombor edisi (XX/90) dan tandatangan F A Porsche diukir menggunakan laser
  • Perumah titanium hitam ringan, tahan lasak dan hipoalergenik (kurang risiko alahan kulit)
  • Tali titanium boleh digantikan tali kulit, dan dipadankan dengan bahan dalaman 911 edisi ini
  • Sistem tukar tali pantas tanpa alat, dan pensijilan COSC
  • Berdasarkan Chronograph 1 – 1972 Limited Edition yang dilancar sempena ulang tahun Porsche Design ke-50
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Jam tangan Porsche Design Chronograph 1
Jam tangan Porsche Design Chronograph 1
Jam tangan Porsche Design Chronograph 1
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche
Ferdinand Alexander Porsche Porsche Porsche 911 Porsche 911 GT3 Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche Sonderwunsch Manufaktur
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.