• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Seltos 2026 Diperkenal dengan Pilihan Enjin Hibrid, Petrol NA dan Turbo

Kia Seltos 2026 Diperkenal dengan Pilihan Enjin Hibrid, Petrol NA dan Turbo

December 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Kia Seltos 2026

KIA secara rasmi memperkenalkan Kia Seltos 2026 serba baharu yang juga generasi kedua kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B global jenama itu.

Sebagai makluman, Kia Seltos generasi pertama pernah ditawarkan sebelum berpindah tangan kepada pengedar baharu.

Kia Seltos 2026

Apa agaknya sambutan pasaran tempatan jika model itu dibawa masuk di bawah semangat baharu Kia Sales Malaysia (KSM) yang mendapat penyertaan langsung Kia Corporation dari Korea Selatan.

Kia memerlukan produk berdaya saing seperti zaman kegemilangan di bawah Kumpulan Naza sebelum ini.

Rekabentuk

Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026

Kia Seltos 2026 menampilkan falsafah rekabentuk Opposites United (penyatuan kontras), yang membawa semangat Relentless Innovator (inovator tanpa henti). Rekabentuk nampak seperti 'salinan' model kenderaan elektrik (EV) Kia, tetapi bernadikan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Ciri Utama Rekabentuk Luar

Dimensi

  • Kia Seltos 2026 memiliki dimensi panjang 4,430mm, lebar 1,830mm, dan tinggi 1,600mm, manakala jarak roda 2,690mm untuk ruang kabin lebih luas

Depan

  • Gril lebih lebar dengan pencahayaan Star Map, urutan lampu aluan dinamik dan hendal pintu rata untuk aerodinamik lebih baik

Sisi

  • Garis karakter menyerong (diagonal), bumbung apung dan bahu lebar memberikan rupa lebih dinamik
  • Braket badan kontras bersama kemasan perak Satin Silver menyerlahkan ketahanan dan gaya keseluruhan

Belakang

  • Lampu vertikal yang bersambung melintang menonjolkan profil lebar dan stabil

Varian

Kia Seltos GT-Line
  • X-Line dengan kemasan Dark Gun Metal dan kemasan lebih lasak
  • GT-Line tampil lebih sporty dengan aksen warna badan

Warna

  • Iceberg Green (hijau), Gravity Gray (kelabu) dan Magma Red Matte (merah)

Dalaman

Kia Seltos STD

Bahagian dalaman Kia Seltos 2026 seperti ruang tamu era 60-an dengan bentuk membujur dan harmoni. Rekabentuk papan pemuka rendah dan mendatar meningkatkan pandangan ke depan.

Ruang dalaman dioptimum untuk memberi ruang kepala dan kaki lebih baik kepada semua penumpang. Sistem Shift-by-Wire (SBW) jenis kolum berfungsi melapangan ruang konsol tengah, sekali gus mewujudkan kabin lebih luas dan teratur.

Ciri Keselesaan, Kemudahan Utama

  • Paparan dongak (HUD) 12 inci memaparkan maklumat utama terus ke cermin depan
  • Bumbung panoramik luas
  • Lampu ambien 64 warna
  • Tempat duduk baris kedua boleh baring hingga 24º
  • Sistem audio premium Harman Kardon dan Bose
  • Kia Connect Store dengan kandungan digital dan kolaborasi bersama Disney dan NBA

Prestasi Pemanduan, Trenkuasa

Kia Seltos X-Line

Dibina berasaskan platform K3, Kia Seltos 2026 menawarkan pemanduan lebih mantap dengan ketegaran badan dipertingkat, penebat bunyi lebih baik dan talaan casis seimbang.

Suspensi dan stereng turut dioptimumkan untuk kestabilan dan kawalan lebih meyakinan.

Pilihan enjin global

i) 1.6L T-GDI - Standard Output

  • Output kuasa 180ps, dan tork 265Nm
  • Transmisi dual-klac 7DCT atau manual 6MT

ii) 1.6L T-GDI - High Output

  • Hingga 193ps, dan tork 265Nm
  • Transmisi automatik 8AT

iii) NA 2.0L Petrol

  • OUtput kuasa 149ps, dan tork 179Nm

Varian AWD hadir dengan suspensi belakang multi-link dan mod rupa bumi Terrain Mode: Snow, Mud, dan Sand. Ada juga pilihan mon pandu Drive Mode Select: Eco, Normal dan Sport.

Varian hibrid 2026

Tidak ketinggalan, varian hibrid akan hadir dengan menawarkan ciri kecekapan lebih tinggi. Model itu dilengkapi  kenderaan kepada bebas (V2L) dan Sistem Brek Regenaratif Pintar (SRBS) 3.0 yang mengoptimum pemulihan tenaga berdasarkan trafik dan data navigasi.

Keselamatan, Teknologi

Kia Seltos 2026 memiliki struktur badan daripada keluli ultra-kuat untuk perlindungan lebih baik, dan turut dilengkapi Sistem BAntuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA 2)
  • Bantuan Susur Lorong 2 (LFA 2)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan 2 (FCA 2)
  • Amaran Keluar Selamat (SEW)
  • Monitor Paparan Keliling (SVM)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir-Undur (PCA-R)
  • Amaran Jarak Parkir (depan, sisi, belakang)

Ciri Teknologi Lain

  • Paparan panoramik gabungan dwi-skrin 12.3 inci
  • Bantuan kecerdasan buatan AI Assistant dikuasakan teknologi generatif
  • Kemas kini perisian atas talian (OTA)
  • Kunci digital Digital Key 2
  • Kapasiti but 536 liter (VDA) dengan lantai dwi-level
  • Sistem aksesori Kia AddGear untuk simpanan modular

Pelancaran Global

Pengeluaran global dijadualkan bermula Disember 2025 di India sebelum disusuli Korea, Amerika Utara, Eropah dan China sepanjang 2026.

Kia Seltos 2026
Kia Seltos GT-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Seltos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my