• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LRT3 Shah Alam Line Ditangguhkan, Masih Fasa Ujian, Pentauliahan

LRT3 Shah Alam Line Ditangguhkan, Masih Fasa Ujian, Pentauliahan

December 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

PRASARANA Malaysia Berhad mengesahkan Light Rail Transit 3 (LRT3) laluan Shah Alam tidak akan mula beroperasi tahun ini, kerana projek tersebut masih berada dalam fasa ujian dan pentauliahan sebelum boleh dibuka kepada orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Amir Hamdan, berkata;

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Amir Hamdan

Prasarana mengambil tindakan sewajarnya dan melaksanakan langkah pemulihan seperti termaktub dalam kontrak bagi memastikan pematuhan serta ketelusan sentiasa dipertahankan.

"Penetapan tarikh pembukaan laluan ini bergantung kepada keputusan fasa testing and commissioning," katanya.

Ujian Masih Berjalan, Banyak Proses Perlu Dipenuhi

Fasa ujian dan pentauliahan memababitkan beberapa peringkat penting seperti:

  • Percubaan laluan (trial run)
  • Operasi bebas kerosakan (fault-free run, FFR)
  • Operasi percubaan (trial operations)
  • Penyediaan dokumen teknikal untuk dihantar kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memohon lesen operator

Operasi LRT3 masih diuji

Ketika ini, projek LRT3 berada pada peringkat FFR, iaitu ujian integrasi penuh yang melibatkan sistem utama seperti:

  • Sistem isyarat
  • Komunikasi
  • Tren kenderaan rel ringan (light rail vehicle, LRV)
  • Sistem kawalan

Prasarana mengesahkan 11 percubaan FFR dilakukan setakat ini, tetapi jarak perjalanan yang disyaratkan masih belum dicapai kerana beberapa isu teknikal dikenal pasti.

Operasi LRT3 masih diuji

33 Isu Dikesan, Termasuk Masalah Pemberhentian Tren, Pintu

Dalam tempoh kira-kira dua bulan setengah, kontraktor mengesan 33 isu melibatkan:

  • Gangguan perisian
  • Tren gagal berhenti tepat di platform
  • Pintu tidak berfungsi
  • Tren gagal bergerak automatik ke stesen seterusnya

Bagi tren utama golden train, FFR mensyaratkan:

  • Operasi 4,000km tanpa kegagalan
  • Operasi tren lain dalam kumpulan sama: 3,000km
  • Baki tren: 2,500km

Kemas Kini Perisian, Ujian Tambahan Diperlukan

Kontraktor kini sedang mengemas kini perisian bagi meningkatkan kestabilan, ketepatan dan kebolehpercayaan sistem. Semua penambahbaikan perlu dilengkap terlebih dahulu sebelum projek boleh bergerak ke fasa seterusnya.

Antara ujian yang masih perlu dilalui:

  • Trial run tambahan
  • Trial operations penuh
  • Penilaian jurutera bebas
  • Kelulusan regulatori

Penangguhan Sudah Dijangka

Penangguhan LRT3 sudah dilaporkan lebih awal minggu ini, dengan sumber memaklumkan isu dalam fasa testing and commissioning sebagai punca utama. Laluan itu asalnya disasarkan dibuka 30 September lalu, kemudian ditunda ke akhir Ogos, sebelum sasaran terkini 31 Disember yang diumumkan Kerajaan, tetapi tertakluk kepada keputusan ujian.

Dengan perkembangan terkini, jelas laluan LRT3 masih memerlukan masa sebelum benar-benar bersedia menerima penumpang.

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LRT 3, LRT Shah Alam, pengangkutan awam, Prasarana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my