
JUARA dan naib juara MotoGP musim 2025, Marc Márquez dan Álex Márquez, baru-baru ini menerima jentera baharu mereka iaitu Audi RS 6 Avant performance yang dipersonalisasi khas dalam satu majlis eksklusif di Circuit de Barcelona-Catalunya.
Ini bersempena dengan pencapaian luar biasa adik-beradik itu sepanjang musim 2025 bagi kelas MotoGP yang baru melabuhkan tirainya pada 16 November 2025 di litar Valencia, Sepanyol.
Sentuhan Khas Audi Exclusive

Kedua-dua RS 6 Avant performance itu dikuasakan enjin V8 TFSI biturbo 4.0L yang menghasilkan 630hp, pecutan 0-100 kmj sepantas 3.4 saat, dan kelajuan maksimum 305 kmj.
Audi Exclusive memberikan personalisasi unik untuk meraikan identiti dua beradik itu:
- Marc menerima unit berwarna Negro Mito
- Álex pula dalam warna Gris Daytona
- Penutup cermin sisi ditukar silang antara kedua-duanya sebagai simbol hubungan mereka
- Rim, brek karbon-seramik dan angkup brek diberikan warna mengikut pasukan masing-masing, merah (Marc) dan biru (Álex)
Kabin Dengan Identiti Pelumba
Bahagian dalaman turut mendapat kemasan khas, termasuk:
- Lampu ambang pintu dengan tulisan “AUDI SPORT X MM 93” dan “AUDI SPORT X AM 73”
- Nombor perlumbaan kedua-dua pelumba pada tempat duduk
- Jahitan kontras berwarna merah dan biru
Aktiviti Litar & Penghargaan Audi

Selepas sesi penyerahan kenderaan, Marc dan Álex menyertai beberapa cabaran pemanduan dan ujian koordinasi di litar sebagai simbol kerjasama erat mereka dalam MotoGP.
Pengarah Audi Sepanyol, Alberto Teichman, berkata personalisasi dari kilang itu mencerminkan komitmen Audi terhadap eksklusiviti dan ketepatan, seiring semangat juang yang ditunjukkan dua pelumba tersebut sepanjang musim 2025.
Audi turut menghadiahkan setiap pelumba potret khas RS 6 Avant performance mereka sebagai memorabilia unik.
SUMBER: Autohebdosport.com

















Leave a Reply