• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!

General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!

December 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Jenama General Tire kini di Malaysia

JENAMA tayar global General Tire akhirnya melancarkan kehadiran rasmi di pasaran Malaysia bermula Oktober 2025, membuka lembaran baharu kepada pengguna tempatan yang mahukan tayar berkualiti tinggi dengan harga lebih mudah dicapai.

Bukan jenama baharu, General Tire sudah ditubuhkan sejak 1915 di Ohio, Amerika Syarikat, dengan pengalaman lebih satu abad dalam pembangunan tayar. Kini, jenama itu berada di bawah naungan Continental AG dari Jerman, satu daripada pengeluar tayar terbesar dunia.

Logo General Tire

Dengan sokongan teknologi serta piawaian global Continental, produk General Tire ditala khas mengikut keperluan pasaran Asia Pasifik termasuk Malaysia, yang terkenal dengan cuaca panas, hujan lebat dan keadaan jalan berbeza-beza.

Mesej utama yang dibawa General Tire agak jelas - menyediakan tayar boleh dipercayai untuk kegunaan harian sehingga ke pengembaraan off-road, tanpa meletakkan harga setinggi segmen premium.

Pendekatan jenama ini memfokuskan lima perkara utama seperti ketahanan, kesenyapan, cengkaman, kemudahan penggunaan dan nilai untuk wang.

General Tire - Kualiti Continental, Harga Lebih Mampu Milik

Bagi pasaran tempatan, General Tire tampil sebagai jenama pertengahan premium yang menawarkan rasa pemanduan hampir setara produk premium Continental, namun pada tahap harga lebih mesra poket.

Fokus utamanya adalah menghasilkan tayar yang tidak sekadar tahan lasak, tetapi juga selesa serta senyap digunakan untuk pemanduan seharian, selari dengan keperluan majoriti pemilik kenderaan di Malaysia.

Altimax GC5 - Tayar Harian untuk Keselesaan Maksimum

Model Altimax GC5 ditujukan khusus kepada pemilik sedan, hatchback dan kenderaan pelbagai guna yang melakukan perjalanan harian di kawasan bandar serta lebuh raya.

Tayar ini dibangunkan dengan penekanan kepada kesenyapan dan keselesaan, menjadikannya sesuai untuk pemandu yang mengutamakan perjalanan tenang tanpa gangguan bunyi tayar.

Rekaan corak bunga tayar khas membantu mengurangkan bunyi jalan, manakala kompaun getah berketahanan haba rendah memastikan kehausan berlaku secara terkawal.

Hasilnya, GC5 bukan sahaja menawarkan pemanduan selesa, malah mampu memberikan jangka hayat tayar lebih panjang serta rintangan gelek rendah, sekali gus membantu menjimatkan bahan api.

Altimax GS6 - Fokus Keselamatan dan Prestasi

Bagi pemandu yang mahukan lebih keyakinan di belakang stereng, terutama ketika memotong kenderaan atau meluncur di lebuh raya, Altimax GS6 hadir sebagai pilihan lebih berprestasi. Ia menawarkan gabungan kesenyapan, cengkaman tinggi dan prestasi membrek lebih mantap, sama ada di atas jalan kering atau basah.

Penggunaan teknologi Noise Breaker membantu menyerap gelombang bunyi dalam lurah tayar sebelum sampai ke kabin, menjadikan pemanduan kekal senyap walaupun pada kelajuan tinggi. Rekaan sipes dan chamfered pula meningkatkan cengkaman pada permukaan basah serta mengukuhkan struktur tayar ketika membrek atau mengambil selekoh.

Secara ringkas, GS6 memfokuskan kepada keselamatan, respon stereng lebih stabil serta jarak membrek yang lebih pendek, sesuai buat pemandu yang menginginkan pengalaman pemanduan lebih yakin tanpa mengorbankan keselesaan.

Grabber HT6 - Tayar SUV Untuk Jalan Berturap

Pemilik SUV dan pikap yang jarang membawa kenderaan ke laluan lasak tetapi mahukan keselesaan maksimum di atas jalan berturap boleh memilih Grabber HT6.

Tayar ini direka khas untuk kegunaan lebih 90 peratus atas jalan tar, dengan fokus kepada prestasi membrek terutama di jalan basah, kesenyapan dan kestabilan stereng walaupun bersaiz besar.

Corak tapak seimbang bersama bilangan sipes yang banyak membantu saliran air lebih berkesan, mengurangkan risiko aquaplaning.

Pada masa sama, susunan blok bunga tayar yang kemas memastikan bunyi permukaan jalan dikawal dengan baik, memberikan rasa pemanduan ala tayar sedan walaupun dipasang pada SUV atau pikap.

Grabber AT6 - Untuk Pengembaraan Off-Road

Untuk pemandu yang kerap keluar ke laluan tanah, pasir atau berbatu, Grabber AT6 adalah jawapan General Tire dalam segmen all-terrain.

Ia direka untuk menahan hentakan lasak dengan penggunaan kompaun anti-chip, steel belt lebih keras serta corak bunga besar dan terbuka bagi memberikan cengkaman maksimum dalam keadaan berlumpur dan permukaan longgar.

Walaupun bersifat off-road, Grabber AT6 masih dihasilkan dengan teknologi khas supaya bunyi jalan dapat dikurangkan berbanding tayar all-terrain konvensional, membolehkan pemanduan lebuh raya kekal lebih selesa.

Empat Model, Empat Gaya Penggunaan

Secara ringkas, rangkaian produk General Tire di Malaysia boleh diringkaskan seperti berikut:

  • Altimax GC5 - Sedan dan MPV, fokus kesenyapan dan keselesaan.
  • Altimax GS6 - Kereta harian berorientasikan prestasi ringan dengan keutamaan keselamatan dan cengkaman.
  • Grabber HT6 - SUV dan pikap urban, menawarkan kestabilan dan kesenyapan atas jalan tar.
  • Grabber AT6 - 4×4 dan pikap off-road, menekankan ketahanan dan traksi lasak.

General Tire Beri Nafas Baharu untuk Pasaran Tayar Malaysia

Kemasukan General Tire memberi nafas baharu kepada pasaran tayar tempatan dengan pengenalan jenama berpengalaman lebih satu abad, disokong oleh teknologi Continental, namun menawarkan harga lebih berdaya saing.

Sama ada untuk kegunaan harian di bandar, pemanduan lebuh raya berkelajuan tinggi atau pengembaraan ke laluan mencabar, rangkaian produk General Tire menyediakan pilihan lengkap yang memfokuskan kepada keselesaan, keselamatan dan ketahanan.

Ringkasnya, pemilihan model boleh dibuat dengan mudah:

  • Kereta biasa; Altimax GC5 atau GS6
  • SUV urban; Grabber HT6
  • Pikap dan off-road; Grabber AT6

Sekiranya pengguna mengetahui saiz tayar serta gaya pemanduan masing-masing, pemilihan tayar paling sesuai menjadi lebih mudah dan tepat untuk memaksimumkan prestasi serta pengalaman pemanduan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Altimax GC5, Altimax GS6, Auto Terkini, General Tire, Grabber AT6, Grabber HT6

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my