
JENAMA motosikal klasik, Royal Enfield, baru-baru ini memperkenalkan Hunter 350 2025, sebuah street roadster yang kini hadir dengan peningkatan ciri, kemasan lebih premium dan lima warna baharu: Dapper Grey, Tokyo Black, London Red, Rio White dan Rebel Blue.
Dengan sentuhan reka bentuk lebih segar dan ergonomik ditambah baik, Hunter 350 baharu terus menjadi pilihan penunggang urban yang mahukan motosikal lincah, mudah dikawal dan bergaya. Model 2025 ini kini boleh ditempah dan sudah berada di semua pusat jualan Royal Enfield seluruh Malaysia.
Kenyataan Rasmi

Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group berkata:
“Kami bangga memperkenalkan varian Hunter 350 baharu dengan ciri lebih baik berbanding model sebelumnya tanpa perubahan harga. Kami yakin, bersama Royal Enfield, penawaran ini akan terus menarik penunggang di Malaysia.”
Manoj Gajarlawar, Ketua Perniagaan Asia Pasifik Royal Enfield menambah:
“Hunter 350 mencipta kejayaan global yang luar biasa, menarik ramai penunggang baharu dan komuniti setia. Model 2025 akan terus memperkasakan pengalaman tunggangan di Malaysia melalui kerjasama dengan Didi Group.”
Ciri Baharu Hunter 350 2025
- Tiga warna inspirasi global (Rio White, Tokyo Black, London Red) melambangkan kawasan paling ikonik dunia.
- Ground clearance ditingkatkan, pelana lebih selesa & geometri ergonomik lebih intuitif.
- Menjadi model Royal Enfield 350cc pertama dilengkapi slip-assist clutch.
- Lampu LED, paparan Tripper Pod dan pengecas pantas USB Type-C.
Hunter 350 juga mengekalkan enjin 349cc J-Series yang padat dan torky, sesuai untuk tunggangan bandar dengan rekaan neo-retro yang ringkas namun menyerlah. Sejak diperkenalkan, Hunter 350 membentuk komuniti besar di Malaysia, dan versi baharu ini dijangka terus menarik ramai peminat.
Harga & Varian Malaysia

• Base colours (Rio White, Dapper Grey): RM21,900
• Premium colours (Tokyo Black, London Red, Rebel Blue): RM22,500
Hunter 350 direka sebagai motosikal urban moden untuk generasi baharu – bergaya, mudah dikendali dan mempunyai karakter retro-metro yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia.
















Leave a Reply