
PASUKAN Viper Niza Racing menutup musim 2025 dengan pencapaian podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Kelas GT3-AM dan kelapan keseluruhan pada edisi sulung Michelin 12 Hours of Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.
Insiden Mekanikal, Namun Masih Podium
Pada satu ketika, pasukan tempatan itu mendahului perlumbaan sebelum terpaksa membuat hentian pit tidak dijadualkan bagi pemeriksaan mekanikal. Punca masalah dikenal pasti berpunca daripada dua bolt longgar pada unit steering rack. Walaupun pembaikan hanya mengambil masa singkat, Viper Niza Racing kehilangan empat pusingan apabila jentera Mercedes-AMG GT3 EVO mereka kembali ke trek.
Keputusan Kelas GT3-AM:
- 1st: Origine Motorsport (Porsche) – 319 pusingan
- 2nd: Continental Racing by Simpson (Audi) – 315 pusingan
- 3rd: Viper Niza Racing – 311 pusingan
Kesemua 17 jentera yang memulakan perlumbaan berjaya menamatkan cabaran 12 jam dalam keadaan cuaca yang hampir sempurna.

Usaha Kental Pelumba Tempatan
Trio pelumba, Douglas Khoo, Dominic Ang dan Melvin Moh, berjuang habis-habisan untuk merapatkan jurang, namun laluan kembali ke kedudukan pertama menjadi cabaran besar.
"Perlumbaan ini agak mencabar kerana kami menghadapi sedikit isu teknikal, namun nasib baik ia bukan sesuatu yang besar. Kami hilang masa penting dalam hentian pit tersebut, namun perkara paling penting ialah kami berjaya menamatkan perlumbaan 12 jam ini,"
kata Douglas Khoo, pemandu utama dan Prinsipal Pasukan.
Musim 2025 Yang Cemerlang

Tahun 2025 merupakan musim yang produktif untuk Viper Niza Racing:
- Podium di Motul 12 Hours of Sepang (Mac)
- 2nd di Michelin 12H Spa-Francorchamps, Belgium (April)
- 3rd di 12H Paul Ricard, Perancis (Julai)
Tempat ke-4 keseluruhan dalam Michelin 24H European Series bagi Kelas GT3-AM, walaupun terlepas satu pusingan
Pasukan Viper Niza Racing merancang untuk kembali ke Eropah pada 2026 bagi menyertai kelima-lima pusingan kejuaraan tersebut, selain berharap lebih banyak perlumbaan endurance dianjurkan di Asia.
Jadual Michelin 24H Series Eropah 2026
- 12H Mugello, Itali: 20–22 Mac
- 12H Spa-Francorchamps, Belgium: 17–19 April
- 12H Paul Ricard, Perancis: 5–7 Jun
- 12H Nürburgring, Jerman: 3–5 Julai
- 24H Barcelona, Sepanyol: 18–20 September
Rakan Penaja Utama
Viper Niza Racing turut disokong oleh Motul, Endless & Momentum Autoparts, IWC (Jam Rasmi Pasukan), Jen Orchard Gateway Hotel Singapura dan minuman berkarbonat Vida.








Leave a Reply