• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GAZOO Racing Perkenal Prototaip GR GT, GR GT3 dengan Enjin V8 Twin-Turbo

Toyota GAZOO Racing Perkenal Prototaip GR GT, GR GT3 dengan Enjin V8 Twin-Turbo

December 5, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota GAZOO Racing perkenal protoaip GR GT dan GR GT3

TOYOTA GAZOO Racing (TGR) mendedahkan dua model paling penting dalam barisan prestasi divisyen itu, GR GT dan GR GT3 yang masih dalam fasa prototaip, serta kali pertama ditayangkan kepada umum sebagai petanda hala tuju sebenar produk permotoran Toyota masa depan.

Kedua-dua model prototaip itu dibangunkan berasaskan tiga prinsip utama: pusat graviti (CoG) ultra rendah, berat minimum dengan kekuatan tinggi, dan fokus aerodinamik tahap perlumbaan.

GR GT - Kereta Sport Perdana Jalanan Jiwa Litar

Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT

GR GT ialah model sport baharu Toyota yang dibina sebagai kereta lumba sah atas jalan (road-legal race car), dengan falsafah 'motorsport-bred' ke tahap lebih tinggi. Antara ciri utama:

  • Enjin 4.0L V8 twin-turbo dengan sistem hibrid (motor elektrik tunggal)
  • Output suasa sasaran lebih 650ps, tork lebih 850Nm
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
  • Rangka aluminium sepenuhnya, pertama dalam sejarah Toyota
  • Transaksel belakang baharu
  • Transmisi automatik 8AT dengan klac basah
  • Pecutan dan respons dipertingkat menerusi generator motor yang membantu ketika anjakan gear
  • Kelajuan maskimum lebih 320kmj

Toyota turut menetapkan agihan berat 45:55 yang dirancang untuk mendapatkan lebih kestabilan dan lebih mudah dikendali pada had pemanduan.

Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT

Sebagai model perdana, GR GT digarap se pasukan yang terdiri daripada jurutera, pelumba profesional dan Akio Toyoda sendiri dengan menumpukan kepada sesebuah kereta mesti memberi rasa 'kesatuan' (unity) antara pemandu dan mesin.

GR GT3 - Jentera FIA GT3 untuk Pasukan, Pelanggan

Toyota GR GT3

Jika GR GT ialah model asas, GR GT3 ialah versi lumba penuh untuk kategori FIA GT3, iaitu segmen paling penting dalam perlumbaan pelanggan global. Antara ciri penting model itu adalah:

  • Enjin V8 4.0L twin-turbo yang banyak berkongsi komponen dengan GR GT
  • Pakej aerodinamik dan casis direka untuk memenangi perlumbaan
  • Direka supaya kompetitif untuk pelumba profesional, tetapi mudah dipandu pemandu biasa
  • TGR turut membangunkan sistem sokongan pelanggan untuk pasukan yang mahu berlumba dengan GR GT3
  • Pembangunan 'LFA Spirit' dan teknologi baharu Toyota

GR GT dan GR GT3 diibarat sebagai 'penyambung legasi' Toyota 2000GT dan Lexus LFA, yang bukan saja dari sudut prestasi, tetapi juga pemindahan ilmu. Pasukan pembangunan menggunakan:

Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
  • Simulator pemanduan peringkat perlumbaan
  • Ujian fizikal di litar lumba Fuji Speedway, Nürburgring dan jalan raya awam
  • Kaedah pembangunan songsang, aerodinamik ditentukan dulu, dan rekabentuk kemudian

Teknologi terkini, seperti:

  • Frem aluminium penuh
  • Tiub tork CFRP (gentian karbon)
  • Suspensi double-wishbone aluminium penuh
  • Sistem brek Brembo karbon-seramik
  • Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 khas untuk GR GT

Spesifikasi Utama GR GT (Prototaip)

Toyota GAZOO Racing perkenal protoaip GR GT dan GR GT3

  • Dimensi panjang 4,820mm, lebar 2,000mm dan tinggi 1,195mm
  • Berat sasaran ≤ 1,750kg
  • Enjin 4.0L V8 twin-turbo dan motor elektrik
  • Output kuasa ≥ 650ps, dan tork ≥ 850Nm
  • Kelajuan maksimum > 320kmj
  • Transmisi automatik 8AT baharu dengan diferensial gelincir terhad (LSD)
  • Tayar 265/35R20 (depan), dan 325/30R20 (belakang)

Kedua-dua model masih dalam proses pembangunan intensif dan dijangka siap untuk pelancaran sekitar 2027, dengan lebih banyak perincian akan diumumkan berperingkat.

Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Toyota GAZOO Racing perkenal protoaip GR GT dan GR GT3
Toyota GAZOO Racing perkenal protoaip GR GT dan GR GT3
Toyota GAZOO Racing perkenal protoaip GR GT dan GR GT3
Toyota GR GT3
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT
Prototaip Toyota GR GT

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, gt3 car, kereta lumba konsep, Roda4, sports car, Toyota Gazoo Racing, Toyota GR GT, Toyota GR GT3 Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my