
HONDA Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 dengan mengumumkan dua pemenang terawal kempen istimewa 'Because of You', iaitu cabutan bertuah yang menawarkan enam hadiah utama kepada pelanggan setia Honda di seluruh negara.
Dalam satu majlis penghargaan khas, dua pemenang bertuah, masing-masing menerima sebuah Honda City Hatchback RS dan Honda WR-V RS, sekali gus membuka tirai kepada detik awal sambutan ulang tahun wakil pengeluar itu.
Pemenang City Hatchback RS: Impian Berganda

Pemenang pertama, Chin Boon Hao dari Perak, menyertai cabutan selepas membeli Civic RS dalam warna Platinum White Pearl. Beliau tidak menyangka pembelian kereta idamannya membawa tuah berganda.
Memiliki Civic memang impian saya sejak dulu kerana rekabentuknya menarik dan prestasi mencerminkan DNA Civic.
"Terima kereta baru pun dah cukup menggembirakan, tapi menang City Hatchback RS pula memang luar biasa. Bila dapat panggilan kata saya menang, saya ingat scam!” kata Boon Hao.
Kini, Boon Hao ialah pemilik dua model Honda dan tidak sabar menikmati pengalaman pemanduan berbeza antara Civic RS dan City Hatchback RS.

Pemenang WR-V RS: Terbang dari Sarawak ke Semenanjung
Seorang lagi pemenang bertuah, Ou Xiao Qian, yang membeli Honda CR-V sebagai kenderaan keluarga, tidak dapat hadir menerima hadiah secara peribadi.
Bagaimanapun, hadiah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda WR-V RS itu diterima suaminya, Liew Jeng Siong, yang sanggup terbang dari Sarawak ke Semenanjung untuk majlis penyampaian tersebut.
Xiao Qian berkata;
Saya memang perlukan SUV yang lengkap selesa, ruang luas dan rekabentuk elegan. Bila tengok CR-V, terus rasa 'ini kereta untuk keluarga saya' dan saya buat tempahan tanpa ragu.
"Tak sangka pula CR-V datang sekali dengan 'adik baru' untuk keluarga kami. Kami sekarang ada dua SUV Honda yang memenuhi keperluan harian."
Sebahagian Enam Hadiah Utama
Kedua-dua model, City Hatchback RS dan WR-V RS, adalah sebahagian enam hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen ulang tahun ke-25 Honda Malaysia 'Because of You'.
Kempen tersebut adalah tanda penghargaan wakil pengeluar Honda itu terhadap sokongan pelanggan yang berterusan sejak Honda Malaysia mula beroperasi di negara ini.











Leave a Reply