• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026, Tambah TPMS, Kotak, Warna Baharu

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026, Tambah TPMS, Kotak, Warna Baharu

December 4, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TRIUMPH Motorcycles memperkenalkan ahli keluarga terbaru, Tiger Sport 800 Tour.

Model touring sport kembara baharu ini dibangunkan berasaskan Tiger Sport 800 dan didatangkan dengan ciri-ciri penjelajahan penuh yang dipasang sebagai kelengkapan standard.

Ini termasuk tongkat tengah, pemanas pemegang tangan (heated grips), pelindung tangan dan pelana berkembar selesa (dual Comfort Seat).

Untuk makluman, Triumph Malaysia turut menawarkan Tiger Sport 800 pada harga RM64,800.

Kelengkapan Touring Penuh dan Gaya Dinamik

Tiger Sport 800 Tour dilengkapi rak bagasi aluminium serta beg sisi bersepadu yang sepadan dengan warna badan motosikal.

Kotak atas yang mampu memuatkan dua topi keledar, turut disertakan dengan pad sandaran belakang berkembar.

Aspek keselamatan dan kemudahan penggunaan dipertingkatkan lagi dengan penambahan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) sebagai ciri standard pada model Tour ini.

Dua skema warna baharu:

  • Matt Cobalt: Tona biru pekat yang kontras dengan Matt Sapphire Black, diserikan dengan aksen emas kusam pada kokpit, fairing dan panel belakang.
  • Carnival Red: Pilihan lebih bertenaga dengan kemasan berkilat, dipadankan dengan perincian Sapphire Black dan riasan emas yang sama.

Kedua-dua skema warna seragam dengan beg sisi dan kotak atas.

Enjin Triple 800cc Berprestasi Tinggi

Tiger Sport 800 Tour dikuasakan enjin tiga silinder 800cc berprestasi tinggi Triumph, yang mula diperkenalkan pada Tiger Sport 800. Enjin menjana kuasa puncak 115 bhp pada 10,750 rpm.

Enjin ini terkenal dengan tindak balas segera dan bersemangat di seluruh julat rpm. 90% tork tersedia di seluruh julat pertengahan, memuncak pada 84Nm pada 8,500 rpm.

Prestasi enjin tiga silinder memberikan gabungan tork rendah enjin kembar dengan kuasa putaran tinggi enjin empat silinder sebaris.

Tiga badan pendikit menyalurkan deruman unik Triumph melalui ekzos sport, yang boleh ditingkatkan lagi dengan peredam Akrapovič sebagai aksesori pilihan.

Enjin digabung bersama kotak gear enam kelajuan dan Triumph Shift Assist sebagai ciri standard. Untuk mengembara, Triumph membekalkan tangki dengan kapasiti 18.6 liter.

Ketangkasan dan Kawalan

  • Suspensi Hadapan: Showa 41mm, fork kartrij fungsi berasingan terbalik, dengan pelarasan redaman lantunan dan mampatan, menawarkan 150 mm gerakan (travel) roda.
  • Suspensi Belakang: Showa monosyok RSU dengan pelarasan redaman lantunan dan pelaras prabeban hidraulik kawalan (remote hydraulic preload adjuster), menawarkan 150 mm gerakan roda.

Kuasa membrek dikendalikan oleh kaliper empat piston  bersama cakera hadapan terapung 310 mm berkembar.

Brek belakang menggunakan kaliper gelangsar satu piston dan cakera tetap 255 mm. Kombinasi ini memberikan kawalan tepat dan kuasa berhenti yang kuat, walaupun ketika motosikal dimuatkan sepenuhnya.

Dengan berat basah 232 kg (termasuk bagasi), Tiger Sport 800 Tour kekal tangkas dan responsif. Ia menggunakan rim aloi aluminium tuang ringan dengan tayar sport-touring Michelin Road 5 untuk cengkaman dan kestabilan.

Penghadang angin boleh laras dipasang standard menawarkan perlindungan angin yang dipertingkatkan.

Pelana Keselesaan (Comfort Seat) ergonomik untuk penunggang dan pembonceng kini dilengkapi teknologi jaring 3D untuk pengagihan berat yang optimum dan saluran udara bersepadu untuk penyejukan yang lebih baik.

Kapasiti bagasi yang sangat besar iaitu 106 liter, membolehkan penunggang menyimpan dua topi keledar muka penuh XL (dua dalam kotak atas, atau satu dalam setiap beg sisi).

Teknologi Berfokuskan Penunggang

Tiger Sport 800 Tour dilengkapi teknologi pintar untuk menjadikan setiap perjalanan mudah dan selamat.

  • Mod Tunggangan: Tiga mod boleh pilih Sport, Road dan Rain.
  • Kawalan: Pendikit ride by wire dan kawalan cengkaman boleh tukar.
  • Keselamatan: Optimised Cornering ABS dan Optimised Cornering Traction Control untuk kawalan optimum dalam keadaan mencabar. TPMS baharu disertakan sebagai standard.
  • Ketersambungan: Sistem Ketersambungan My Triumph, yang membolehkan navigasi belokan demi belokan, penyepaduan telefon dan kawalan muzik melalui Bluetooth sebagai standard.
  • Pencahayaan & Paparan: Lampu LED penuh dan paparan pelbagai fungsi yang menggabungkan LCD dengan skrin TFT berwarna untuk akses maklumat yang intuitif.

Kos Pemilikan Terbaik dalam Kelas

Model ini menawarkan selang servis yang terbaik dalam kelas, iaitu setiap 16,000 km atau 12 bulan.

Ia disokong oleh jaminan perbatuan tanpa had dua tahun global, yang turut merangkumi Aksesori Tulen Triumph.

Sebanyak 35 aksesori tulen ditawarkan untuk membolehkan penunggang menyesuaikan motosikal mereka, meliputi aspek penggayaan, perlindungan dan peningkatan prestasi.

Tiger Sport 800 Tour kini boleh ditempah di pengedar Triumph di United Kingdom, dengan harga bermula dari £12,895 (RM 70,804.90) dan dijangka tiba di kedai mulai Februari 2026.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Triumph, Triumph Tiger, Triumph Tiger Sport, Triumph Tiger Sport 800, Triumph Tiger Sport 800 Tour

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my