• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Yang Ada di Malaysia?

Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Yang Ada di Malaysia?

December 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

GREAT Wall Motor (GWM) mempunyai enam subjenama utama di pasaran China, merangkumi hampir keseluruhan segmen automotif dan mobiliti - daripada SUV arus perdana, model elektrik kompak, trak pikap global, SUV off-road, jenama premium, sehinggalah motosikal mewah.

Pendekatan ini meletakkan GWM sebagai salah satu pengeluar China paling menyeluruh dengan portfolio jenama paling luas ketika ini.

HAVAL - Peneraju SUV Arus Perdana

GWM Haval H6 HEV catat ASEAN Records 2025

Subjenama HAVAL kekal sebagai tonggak jualan terbesar GWM dengan fokus kepada SUV keluarga dan crossover.

Antara model popular seperti:

  • Haval H6
  • H9
  • Big Dog
  • Raptor (Menglong)
  • Xiaolong Max

HAVAL menampilkan teknologi hibrid Hi4, rekaan praktikal serta harga kompetitif.

WEY - SUV dan MPV Premium

WEY adalah jenama premium GWM yang menumpukan kemewahan, teknologi dan pemanduan senyap.

Model utama:

  • Mocha
  • Latte
  • Coffee 01/02
  • Blue Mountain
  • Gaoshan MPV

WEY menjadi perintis penggunaan sistem Hi4 Performance AWD serta sistem bantuan pemandu lanjutan.

TANK - SUV Off-Road Hardcore

Sub-jenama TANK memberi tumpuan penuh kepada SUV ladder-frame sebenar untuk kegunaan off-road berat.

Model utama:

  • Tank 300
  • Tank 500
  • Tank 700

TANK ialah pesaing realistik kepada Land Cruiser, Wrangler dan Jimny, lengkap dengan:

  • Sistem 4WD berat
  • Kunci differensial
  • Platform tahan lasak

POER - Trak Pikap Global

Jenama POER membarisi segmen trak pikap global GWM.

Model utama:

  • Poer (GWM Cannon)
  • King Kong
  • Shanhai Cannon

Menyaingi Toyota Hilux dan Ford Ranger dengan:

  • Enjin turbo diesel
  • Varian AWD
  • Rekaan moden

ORA - EV Gaya Hidup

Sub-jenama ORA menumpukan kepada kenderaan elektrik kompak dan happy-tech untuk bandar.

Model:

  • Good Cat
  • Funky Cat
  • Lightning Cat
  • Ballet Cat

Keunggulan ORA:

  • Reka bentuk unik
  • Sistem keselamatan tinggi
  • EV sesuai pengguna harian

SOUO - Motosikal Premium

Subjenama motosikal premium GWM yang dibangunkan khas bagi menyertai segmen big bike touring dan luxury cruiser, dengan model sulunya SOUO S2000GL.

Spesifikasi menarik:

  • Enjin 8-silinder (V8) - rare untuk motosikal
  • Sesaran hampir 2,000cc
  • Transmisi DCT (automatik)
  • Sistem reverse assist
  • Side-car optional
  • Saiz dan posisi tunggangan ala Honda Gold Wing

Direka untuk touring mewah jarak jauh, menyasarkan saingan:

  • Honda Gold Wing
  • BMW K1600

Fokus Souo:

  • Teknologi tinggi
  • Keselesaan maksimum
  • Touring jarak jauh
  • Segmen ultra-premium

Kehadiran di Malaysia

Setakat ini untuk pasaran Malaysia hanya memperlihatkan empat subjenama sahaja yang aktif seperti

  • HAVAL
  • ORA
  • POER
  • TANK

Akan datang, terdapat dua lagi subjenama yang dijangka masuk ke pasaran Malaysia bermula pada tahun 2026 seperti:

  • WEY
  • SOUO

GWM 'Go With More'

Dengan enam subjenama merangkumi kereta, pikap, EV, SUV lasak hingga motosikal touring premium, GWM kini merupakan antara pengeluar China paling agresif dan menyeluruh di arena global.

Kemasukan jenama seperti WEY dan SOUO ke Malaysia - jika direalisasikan - bakal mengubah landskap pasaran automotif tempatan, sekaligus membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Great Wall Motor (GWM), GWM Malaysia, Haval, Ora, Suou, Tank, WEY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my