Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Misi Mencari MH370 Disambung Semula 30 Disember Ini
Auto Terkini

Misi Mencari MH370 Disambung Semula 30 Disember Ini

SyafieBy Syafie21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

USAHA pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan disambung semula bermula 30 Disember 2025, melibatkan operasi eksplorasi dasar laut dalam, dilakukan syarikat robotik marin, Ocean Infinity.

Perkara itu diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, yang memaklumkan Ocean Infinity sudah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia kesediaan memulakan operasi pencarian selama 55 hari, secara berselang-seli mengikut kondisi cuaca dan operasi kapal.

Fokus Zon Sasaran Kebarangkalian Tinggi

MOT berkata, pencarian kali ini akan menumpukan kepada kawasan sasaran baharu yang dikenal pasti sebagai mempunyai kebarangkalian tertinggi menemukan bangkai pesawat tersebut.

Operasi pencarian ini selaras perjanjian perkhidmatan yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025,” kata kenyataan MOT.

Komitmen Kerajaan Memberi Penutupan

Kementerian menegaskan langkah meneruskan misi pencarian itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia untuk memberikan penutupan kepada keluarga mangsa tragedi yang sudah berlarutan lebih sedekad.

Pesawat MH370 dengan 239 penumpang, termasuk anak kapal dilaporkan daripada radar pada 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Usaha Terbesar Sejarah Penerbangan

Tragedi kehilangan MH370 menyaksikan operasi pencarian besar-besaran yang disertai Malaysia, Australia dan China, sekali gus menjadi antara operasi pencarian dan menyelamat paling besar dalam sejarah industri penerbangan.

Walaupun melibatkan kawasan pencarian luas di selatan Lautan Hindi, pesawat tersebut masih gagal ditemui dalam zon pencarian utama yang dikenal pasti ketika itu.

Serpihan Disahkan Milik MH370 Pernah Ditemui

Sejak kehilangan MH370, beberapa kepingan serpihan pesawat yang disahkan atau dipercayai berasal daripada pesawat itu sudah ditemui di beberapa lokasi pesisir Lautan Hindi, seperti:

  • Mozambique
  • Madagascar
  • Pulau Réunion

Namun sehingga kini, lokasi sebenar bangkai utama pesawat berkenaan masih menjadi misteri.

Harapan Baharu Rungkai Misteri 11 Tahun Lalu

Lebih 11 tahun selepas tragedi MH370, usaha pencarian kali ini membawa sinar harapan baharu kepada keluarga mangsa dan industri penerbangan global untuk merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Dengan penggunaan teknologi penerokaan dasar laut terkini Ocean Infinity dan fokus kepada kawasan sasaran berpotensi tinggi, misi kali ini diharap dapat menjadi langkah penentu dalam usaha menamatkan satu daripada episod paling tragis dan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

SUMBER: FB MOT

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia Airlines (MAS) MH370 MH370 Dicari Semula Ocean Infinity
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.