• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Pematuhan Peranti Had Laju Bas, Kenderaan Barangan Meningkat 48 Peratus!

Loke: Pematuhan Peranti Had Laju Bas, Kenderaan Barangan Meningkat 48 Peratus!

December 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHAP pematuhan pemasangan peranti had kelajuan (Speed Limiter Device, SLD) fasa pertama melibatkan bas dan kenderaan barangan menunjukkan peningkatan ketara apabila mencatatkan 48.37 peratus setakat semalam, meningkat drastik berbanding hanya 2.68 peratus ketika penguatkuasaan bermula pada 1 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, peningkatan itu hasil daripada penguatkuasaan tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.

Hasil tindakan penguatkuasaan tegas JPJ, tahap pematuhan penggunaan SLD fasa pertama meningkat daripada hanya 2.68 peratus pada permulaan pelaksanaan kepada 48.37 peratus setakat semalam.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus meneruskan penguatkuasaan secara konsisten dan tegas bagi mencapai tahap pematuhan yang lebih baik,” katanya.

Fasa Pertama - Bas dan Lori Melebihi 3,500kg

Menurut Loke, pemasangan SLD fasa pertama melibatkan:

  • Bas ekspres
  • Bas pelancongan
  • Kenderaan barangan dengan Berat Dengan Muatan (BDM) melebihi 3,500kg

Setakat 15 November, sebanyak 307 pihak pengesah sudah berdaftar di seluruh negara bagi menjalankan kerja pemasangan serta pengesahan fungsi SLD ke atas kenderaan terlibat.

Pelaksanaan ini bertujuan memastikan kelajuan kenderaan komersial sentiasa berada dalam had ditetapkan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serius di lebuh raya dan jalan persekutuan.

Tiada Permit Bas Ekspres Asing di Malaysia

Dalam perkembangan berkaitan, Anthony Loke turut menegaskan bahawa MOT tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan sebarang permit operasi bas ekspres kepada syarikat asing, termasuk dari Singapura.

Katanya, kehadiran bas dari Singapura yang ditemui di Malaysia sebenarnya berada di bawah kategori bas persiaran, bukannya bas ekspres.

Bas persiaran dari Singapura dibenarkan masuk ke negara kita, begitu juga bas persiaran kita boleh masuk ke sana. Kita tidak mengharamkan bas persiaran.

Namun bagi kategori bas ekspres, kita tidak pernah mempertimbangkan dan tidak akan mempertimbangkan untuk memberikan permit bagi operasi di Malaysia,” jelasnya.

Larang Ambil Penumpang Tempatan

Anthony Loke menegaskan, walaupun bas persiaran dari Singapura dibenarkan masuk ke negara ini, mereka tidak dibenarkan mengambil penumpang baharu di sepanjang perjalanan, seperti yang lazim dilakukan bas ekspres tempatan.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil jika didapati bas persiaran dari Singapura mengambil penumpang ketika berada di Malaysia.

Bas persiaran yang membawa pelancong dari Singapura tidak boleh berfungsi sebagai bas ekspres, contohnya mengambil penumpang dari Kuala Lumpur ke Singapura - perkara ini memang tidak dibenarkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan dakwaan bahawa operasi bas asing menjejaskan pendapatan pengusaha tempatan adalah tidak berasas, kerana operasi kedua-dua kategori bas adalah tertakluk kepada peraturan berbeza.

Penguatkuasaan Berjaya Demi Keselamatan Sejagat

Pelaksanaan peranti had laju SLD jelas menunjukkan keberkesanan awal dengan peningkatan pematuhan hampir 46 peratus dalam tempoh sebulan, hasil penguatkuasaan agresif JPJ. MOT pula berikrar untuk meneruskan usaha ini demi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Pada masa sama, kementerian turut menegaskan komitmen melindungi industri pengangkutan tempatan dengan memastikan tiada bas ekspres asing dibenarkan beroperasi di Malaysia, selain memperketatkan pemantauan ke atas aktiviti bas persiaran rentas sempadan.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas ekspres, Kementerian Pengangkutan (MOT), kenderaan barangan, Peranti Had Kelajuan (SLD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my