• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Morbidelli C252V 2026 - Cruiser 250cc Dengan V-Twin!

Morbidelli C252V 2026 - Cruiser 250cc Dengan V-Twin!

December 2, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI PASARAN tempatan kini tinggal pilih sahaja motosikal cruiser yang anda mahukan. Terima kasih kepada Mforce yang giat memasarkannya dan menariknya pada harga yang cukup berpatutan.

Di antara jenama yang dibawa ialah Morbidelli, jenama legenda Itali yang kini berada di bawah Keeway Group.

Satu daripada model menarik dari Morbidelli ialah cruiser C252V yang belum dibawa masuk ke pasaran tempatan namun sudah diperkenalkan di Eropah.

C252V berada dalam segmen cruiser A2 (kategori lesen memandu motosikal berkuasa sederhana) dan membawakan reka bentuk klasik V-Twin dengan teknologi moden, kawalan mudah dan pakej keselamatan yang unggul.

Konfigurasi V-Twin memecah kebiasaan enjin silinder tunggal yang 'dinormalisasikan' di sesetengah pasaran. Selain V-Twin, satu lagi yang menarik ialah C252V menggunakan tali sawat untuk pacuan roda belakang.

Enjin dan Prestasi V-Twin

  • Enjin 249.1cc V-Twin SOHC 8 injap, penyejukan cecair.
  • Kuasa maksimum yang dibekalkan adalah 25.8 ps pada 9,000 rpm.
  • Daya kilas (tork) adalah 25.0 Nm pada hanya 5,500 rpm untuk tindak balas yang lincah.
  • Kelajuan maksimum 125 km/j.
  • Tangki bahan api 15.5 liter.

Transmisi:

  • Menggunakan kotak gear 6-kelajuan.
  • Dipadankan dengan tali sawat (belt drive) dan bukan rantai.
  • Pilihan tali sawat memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan mengurangkan penyelenggaraan.
  • Klac multi-plat basah dan klac slipper (slipper clutch) yang membantu menstabilkan penukaran gear menurun.

Casis, Pengendalian dan Ergonomik

  • Rangka: Casis buaian berkembar keluli (double-cradle steel frame).
  • Ketinggian Pelana: Hanya 690 mm.
  • Berat: Berat (curb) 200 kg - Ringan untuk sebuah motosikal yang nampak sasa.
  • Muatan Maksimum: 180 kg.

Suspensi dan Tayar:

  • Suspensi Hadapan: Fork terbalik (upside-down telescopic forks) 37 mm.
  • Jarak (Travel) Hadapan: 115 mm.
  • Suspensi Belakang: Penyerap hentak berkembar dengan pelarasan prabeban 5 peringkat.
  • Tayar Hadapan: 130/90-16, CST.
  • Tayar Belakang: 150/80-16, CST.

Teknologi dan Keselamatan

  • Brek Hadapan: Cakera besar 320 mm dengan kaliper 4-piston.
  • Brek Belakang: Cakera 260 mm dengan kaliper 2-piston.
  • ABS: ABS 2-Saluran Bosch.
  • TCS: Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai standard.

Spesifikasi Teknikal Utama Morbidelli C252V

  • Enjin: 249.1cc V-Twin 4-lejang, 8-injap, sejukan cecair
  • Kuasa Maks. (ps/rpm): 25.8/9,000
  • Tork Maks. (N-M/rpm): 25.0/5,500
  • Transmisi: 6-kelajuan / Tali sawat (Belt)
  • Brek Hadapan: Cakera 320 mm, kaliper 4-piston
  • Brek Belakang: Cakera 260 mm, kaliper 2-piston
  • ABS: 2-saluran, Bosch
  • TCS: Ya
  • Jenis Rangka: Buaian berkembar (Double-cradle)
  • Suspensi Hadapan: Fork terbalik 37 mm
  • Jarak Perjalanan Suspensi Hadapan: 115 mm
  • Tayar Hadapan: 130/90-16, CST
  • Tayar Belakang: 150/80-16, CST
  • Ketinggian Tempat Duduk: 690 mm
  • Kapasiti Bahan Api (L): 15.5
  • Berat: 200 kg
  • Kelajuan Maks.: 125 km/j
  • Warna: Heritage Red, Silver Milano, Racing Green, Steel Blue dan Shadow Black.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Morbidelli, Morbidelli C252V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my