• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'

EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'

December 1, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Perodua QV-E 2026
PERODUA hari ini melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama jenama nasional, Perodua QV-E 2026, yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

Model EV segmen-B itu ditawarkan pada harga RM80,000 (tanpa insurans, tidak termasuk bateri) dan menjadi langkah penting dalam membentuk ekosistem EV tempatan yang mampan.

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

QV-E ialah singkatan kepada 'Quest for Visionary Electric Vehicle', yang mencerminkan hala tuju baharu Perodua dalam mobiliti masa depan. Projek pembangunan model ini menelan kos RM800 juta dan dihasilkan di fasiliti baharu Perodua, dikenali sebagai Kilang Mobiliti Pintar (Smart Mobility Plant).

Kapasiti Pengeluaran: 500 Unit Sebulan, Meningkat kepada 3,000 Menjelang Q3 2026

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, QV-E buat masa ini boleh dihasilkan sebanyak 500 unit sebulan, dengan peningkatan besar kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026.

Beliau menegaskan, model itu adalah kolaborasi seluruh industri automotif tempatan.

QV-E adalah hasil rakyat Malaysia berganding bahu. Daripada rekabentuk hingga kejuruteraan, semua dilakukan bakat tempatan," katanya.

Spesifikasi: Bateri LFP 52.5kWh, Jarak Pemanduan 445km

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 52.5kWh, dengan jarak pemanduan hingga 445km (menggikut ujian NEDC), bergantung gaya pemanduan, suhu dan kondisi jalan.

Teknologi LFP memberi beberapa kelebihan seperti:

  • Kitar hayat bateri lebih panjang
  • Lebih stabil pada suhu tinggi
  • Kos penyelenggaraan lebih rendah

QV-E direka untuk menjadi EV harian mampu milik yang praktikal untuk keluarga dan pengguna bandar.

Ciri Keselamatan: Termasuk Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD)

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Salah satu ciri terbaharu dibanggakan Perodua ialah sistem Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak (Child Presence Detection, CPD). Sistem itu mampu:

  • Mengesan pergerakan atau tanda vital kanak-kanak / haiwan peliharaan
  • Mengesan pernafasan dan gerakan halus di tempat duduk baris kedua
  • Mengesan pergerakan walaupun di bawah selimut atau fabrik

Sekiranya sistem mengesan pergerakan dalam kabin pada sebahagian masa selepas kenderaan dikunci, sistem akan memberi notifikasi kepada pemandu.

Perodua QV-E turut dilengkapi rangkaian ciri keselamatan terkini, yang sesuai dengan misi menjadikan model itu EV selamat untuk keluarga.

Usaha Tempatan: 52 Vendor Malaysia Terlibat, Sasar 70 Vendor Menjelang 2030

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Sebagai peneraju pembangunan ekosistem EV dalam kerangka Pelan Induk Industri Baharu (NIMP) 2030, Perodua komited meningkatkan kadar lokaliti komponen.

  • 50 peratus tempatan awal 2026
  • 70 peratus tempatan menjelang 2030

Setakat ini, 52 syarikat tempatan membekalkan komponen untuk QV-E, dengan sasaran meningkat kepada 70 vendor dalam tempoh lima tahun.

Rekabentuk, Varian: Dua Warna, Jualan di Outlet Terpilih

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E 2026 hadir dalam dua warna:

  • Ice Blue (biru)
  • Caviar Grey (kelabu)

Model EV itu hanya dijual di pusat jualan Perodua terpilih, bersama senarai outlet yang dikeluarkan dalam dokumen media rasmi.

Batteri-as-a-Service (BaaS): Beli Kereta Sahaja, Bateri Sewa

Salah satu pendekatan paling signifikan Perodua adalah memperkenalkan skim perkhidmatan bateri berdasarkan langganan, atau Battery-as-a-Service (BaaS).

Konsep itu memberi beberapa manfaat:

  • Harga kereta lebih rendah (bateri ialah komponen paling mahal EV)
  • Waranti bateri seumur hidup selagi pelanggan melanggan servis
  • Mengurangkan kebimbangan kos penggantian bateri pada masa depan

Menariknya, Perodua menyasarkan golongan M40 ke atas, pembeli kereta kedua atau pembeli kereta ganti, yang mahu EV untuk penggunaan harian atau perjalanan hujung minggu.

Kejayaan Pembangunan: Siap dalam 28 Bulan dengan Sokongan Kerajaan

Pembangunan Perodua QV-E 2026 diselesaikan dalam 28 bulan, hasil kerjasama erat Perodua bersama Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan pelbagai agensi Kerajaan.

Zainal Abidin menegaskan, sokongan Kerajaan menjadi pemangkin utama revolusi EV tempatan.

Kerajaan memberi sokongan penting yang membolehkan kami menumpukan pada kualiti, kebolehpercayaan dan integrasi teknologi digital terkini," katanya.

EV Nasional Pertama, Titik Mula Revolusi Mobiliti Malaysia

Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E 2026 bukan sekadar model baharu, tetapi simbol permulaan era mobiliti elektrik Malaysia. Pada harga mampu milik, teknologi bateri baharu, ciri keselamatan maju seperti CPD dan ekosistem vendor tempatan yang berkembang, QV-E berpotensi menjadi EV paling signifikan dalam pasaran tempatan.

Perodua kini bukan hanya memacu industri automotif nasional, tetapi membuka laluan untuk masa depan mobiliti elektrik negara.

Majlis Pelancaran Perodua QV-E
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: EV Nasional Pertama, Kenderaan Elektrik (EV), Perodua, Perodua QV-E, Perodua QV-E 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my