• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BUDI95 Sudah Ada Dalam Shell App!

BUDI95 Sudah Ada Dalam Shell App!

November 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SHELL Malaysia terus memperkemas pengalaman mobiliti rakyat apabila kini mengintegrasikan BUDI95 terus ke dalam Shell App, membolehkan pengguna menikmati subsidi petrol dengan lebih mudah, cepat dan selamat - semuanya dari satu aplikasi.

Dengan penambahbaikan baharu ini, pelanggan hanya perlu melakukan verifikasi eKYC Touch ‘n Go (TNG) eWallet sekali sahaja, dan selepas itu mereka boleh:

  • Tekan butang BUDI95 dalam aplikasi
  • Buat bayaran secara digital
  • Terus menikmati harga subsidi tanpa perlu keluarkan sebarang kad

Peningkatan ini mengukuhkan komitmen Shell untuk membantu rakyat menyesuaikan diri dengan sistem subsidi baharu negara, sambil menyediakan pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar dan penuh nilai tambah.

Mudah, Selamat dan Rewarding - Shell App Lagi Power

Menurut Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia, Seow Lee Ming;

Shell App dengan BUDI95 akan membantu rakyat memaksimumkan setiap ringgit. Misi kami jelas - memudahkan perjalanan dan memberi lebih ganjaran setiap kali mereka mengisi minyak.

Dengan Shell FuelSave95 yang memberi lebih jarak setiap tangki, serta pelbagai ciri dalam aplikasi, pelanggan akan menikmati nilai maksimum setiap kali berkunjung ke Shell.”

Shell App kini menggabungkan beberapa kemudahan utama:

  • Bayaran digital yang lebih selamat
  • Akses pantas ke BUDI95
  • Tawaran peribadi
  • Ganjaran segera melalui promosi aplikasi

Pengalaman di Stesen Semakin Lengkap

Integrasi digital ini juga selari dengan servis fizikal di stesen Shell seluruh negara. Dengan gabungan:

  • Kedai Shell Select
  • Minyak enjin Shell Helix dan Shell Advance
  • Servis penjagaan kereta dan kemudahan on-the-go

Shell mahu memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman lengkap - daripada membeli barang harian, menjaga enjin, sehinggalah mengisi minyak dengan lebih mudah.

Dua Kempen Besar Menanti Pengguna Shell App

1. RM2 Juta Baucar Shell Untuk Direbut!

Nak ganjaran segera? Senang je!
Pelanggan yang:

  1. Daftar eKYC TNG eWallet dalam Shell App, dan
  2. Melakukan transaksi BUDI95 minimum RM10,

akan menerima baucar Shell RM5 secara automatik dalam aplikasi.

Pengguna baharu Shell App pula dapat tambahan RM5 sebagai hadiah alu-aluan. Shell menyediakan jumlah baucar bernilai RM2 juta, jadi siapa cepat dia dapat!

 2. Menang 3 Tahun Minyak Percuma!

Nak minyak percuma selama tiga tahun?
Pelanggan hanya perlu:

  1. Beli minyak enjin terpilih Shell Helix atau Shell Advance di mana-mana stesen Shell
  2. Terima dan tebus baucar khas dalam Shell App

Secara automatik, anda akan didaftarkan ke Free Fuels Contest - semakin dekat dengan peluang memenangi 3 tahun minyak percuma, hadiah paling ‘win’ untuk kaki jalan jauh.

Jom Daftar BUDI95 Dengan Shell App

Muat turun Shell App hari ini, aktifkan BUDI95 dan nikmati pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar, lebih jimat dan penuh ganjaran.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my/BUDI95

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Shell App, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my