• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga 2026 Dapat Rating 4-Bintang Asean NCAP!

Proton Saga 2026 Dapat Rating 4-Bintang Asean NCAP!

November 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton Saga 2026 dat rating 4-bintang Asean NCAP

PROTON Saga Serba Baharu 2026 rasmi menerima penarafan 4-bintang Asean NCAP berdasarkan protokol ketat 2021 - 2025.

Walaupun berada dalam segmen sedan bajet, model generasi baharu itu mencatatkan prestasi keselamatan kompetitif menerusi kombinasi struktur badan kukuh, ciri keselamatan aktif dan perlindungan kanak-kanak yang semakin baik.

4-Bintang - Skor Keseluruhan 66.70 Mata

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Proton Saga 2026 mencatatkan skor keseluruhan 66.70 mata, sekali gus melayakkan sedan nasional itu menerima penarafan 4-bintang Asean NCAP.

Berikut pecahan skor diperoleh Proton Saga 2026:

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 23.72/32

Struktur kabin kekal stabil dalam ujian hentaman depan dan sisi.

  • Pemandu: dada 'marginal', kaki dan buku lali 'adequate'
  • Penumpang hadapan: perlindungan baik
  • Impak sisi: dada pemandu marginal, selebihnya memuaskan

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 38.17/51

Perlindungan kanak-kanak menunjukkan prestasi kukuh:

  • Ujian kerusi bayi 18 bulan: Skor penuh (12/12)
  • Ujian kanak-kanak 3 tahun: 7.28 mata
  • Pemasangan CRS (kerusi keselamatan kanak-kanak): kebanyakan model lulus (PASS), tetapi ada beberapa gagal (FAIL) bergantung jenis kerusi
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX memudahkan pemasangan, tetapi kerusi tengah belakang masih bermasalah

Bantuan Keselamatan (SA): 13.33/20

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Ciri keselamatan aktif semakin lengkap, tetapi bergantung varian:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) - Standard semua varian
  • Pengingat tali keledar - Standard untuk pemandu dan penumpang depan
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) City, AEB Inter-Urban, Amaran Tukar Lorong (LDW), dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW) - Opsyen, bukan standard
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) - Tiada

Keselamatan Motosikal (MS): 8.75/16

Kategori khas untuk keselamatan penunggang motosikal:

  • Pengesan Titik Buta (BSD) - Opsyen, diuji dan berfungsi mengikut piawaian
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) - Opsyen
  • AEB Motosikal - Opsyen
  • Perlindungan pejalan kaki  -Tiada

Ujian Impak: Apa Berlaku?

Hentaman Depan

Kabin kekal stabil dengan keputusan:

  • Pemandu: dada marginal
  • Penumpang depan: majoriti ‘good’

Hentaman Sisi

  • Pemandu: dada marginal
  • Bahagian tubuh lain: baik atau memuaskan

Kesimpulan mudah: stabil, tetapi perlindungan dada pemandu masih perlu ditambah baik - faktor biasa pada sedan segmen bajet.

AEB, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS): Ada, Tapi Opsyen

Proton Saga 2026 menyokong kedua-dua sistem:

  • AEB City (kereta berhenti depan)
  • AEB Inter-Urban (kereta bergerak depan)

Asean NCAP mengesahkan kedua-dua ciri berfungsi mengikut piawaian. Namun disebabkan berstatus opsyen, markah keselamatan tidak setinggi model dengan ADAS standard

Perlindungan Kanak-Kanak: Lebih Baik dari Generasi Terdahulu

COP adalah aspek paling kuat Proton Saga 2026:

  • Ujian dinamik menunjukkan skor tinggi
  • Banyak CRS mendapat PASS tanpa isu
  • Pemasangan ISOFIX mudah
  • Satu kekurangan: Ada jenis kerusi kanak-kanak tertentu FAIL di kerusi tengah belakang

Dalam segmen sedan bajet, prestasi COP Proton Saga 2026 adalah antara terbaik.

Keselamatan Penunggang Motosikal

Proton menambah teknologi berkaitan penunggang motosikal seperti:

  • BSD (opsyen) berfungsi tepat ketika diuji
  • AEB Motosikal juga memberikan markah bonus, tetapi disebabkan ciri itu tidak standard, skor kategori MS tidak maksimum

Apa Standard Semua Varian?

  • 2 beg udara
  • ABS
  • ESC
  • Pengingat tali keledar (depan)
  • Struktur RESS dan HPF
  • Aputan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Integriti kabin kukuh

Apa yang Opsyen?

  • AEB City
  • AEB Inter-Urban
  • BSD
  • AHB
  • LDW
  • FCW
  • Bag udara tirai

Apa Tiada?

  • Perlindungan pejalan kaki
  • LKA
  • Pengingat tali keledar untuk penumpang belakang

Selamat dalam Segmen, Lebih Canggih Berbanding Model Lama

Result Asean NCAP Proton Saga 2026
Logo Asean NCAP

Proton Saga 2026 Serba Baharu membuktikan peningkatan besar dalam keselamatan, terutama pada perlindungan kanak-kanak dan kestabilan struktur. Dengan ciri ADAS dan AEB tersedia sebagai pilihan, Saga kini menawarkan ciri keselamatan moden yang sebelum ini hanya wujud pada model premium.

Namun, kekangan utama adalah banyak ciri keselamatan kelas tinggi tidak diberikan sebagai standard, menyebabkan terlepas peluang mendapat rating 5-bintang.

Bagaimanapun, pada harga bermula serendah RM38,990, Proton Saga 2026 membuktikan kenderaan mampu milik juga boleh dilengkapi teknologi keselamatan era baharu.

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

SUMBER: AseanNCAP.org

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Asean NCAP 2025, Auto Terkini, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Proton Saga 2026, Proton Saga 2026 4-Bintang Asean NCAP, Proton Saga Asean NCAP, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my