• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual - Harga Hanya RM940,000

Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual - Harga Hanya RM940,000

July 27, 2017 By Abang GYL 4 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Lexus LC 500 MalaysiaLEXUS Malaysia secara rasmi memperkenalkan model Coupe terbaharunya, Lexus LC 500 yang dijual pada harga RM940,000.

Dengan menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tahun ini, lapan unit sudah mempunyai pemilik dan hanya tinggal dua unit untuk dijual. Kami turut dimaklumkan, tiga daripada lapan unit yang terjual tersebut dimiliki Sultan Johor .

HARGA

  • Lexus LC 500 - RM940,000

* Atas jalan tidak termasuk insurans

JAMINAN

  • 5 tahun tanpa had perbatuan.
Lampu Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia

PERMINTAAN TINGGI

Lexus LC 500 yang hadir dengan rekabentuk berani membuat kemunculan  debut di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2016. Ternyata kehadiran Lexus LC 500 berjaya memukau perhatian dunia dan menerima permintaan sangat tinggi. Buktinya, bilangan tempahan model itu adalah bersamaan jumlah jualan untuk tiga tahun unjuran.

BACA >>> Lexus LC-F Mahu Cabar Nissan GT-R, Bakal Tampil Mewah dan Berkuasa

Stereng Lexus LC 500 Malaysia
Harga Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia

0-100KMJ HANYA 4.4 SAAT

Aspek prestasi, Lexus LC 500 diinspirasikan daripada model konsep LF-LC, di mana pembangunan LC 500 dipantau sendiri Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.

Lexus LC 500 dipadankan enjin V8 berkapasiti 5.0L berkuasa 470hp pada 7,100rpm bersama tork 540Nm (4,800rpm).

Dengan bantuan kotak gear automatik 10-kelajuan Direct Shift, pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 4.4 saat dengan kelajuan maksimum 270kmj.

BACA >>> Kereta Lexus Paling Cepat Dijual di Britain - Kajian Syarikat Aplikasi Online, Wizzle

Lexus LC 500 MalaysiaKHIDMAT SELEPAS JUALAN TERJAMIN

Ada tujuh pusat servis Lexus bersedia memberi perkhidmatan selepas jualan kepada semua pemilik kenderaan Lexus seperti berikut:

  • Lexus Mutiara Damansara
  • Lexus Sungai Besi
  • Lexus Ipoh
  • Lexus Johor Bahru
  • Lexus Melaka
  • Lexus Pulau Pinang
  • Lexus Kuching

Semua pusat servis berkenaan turut memiliki peralatan diagnosis dan kepakaran mekanik terlatih bagi model Lexus LC 500.

GALERI

Lexus LC 500 Malaysia
Harga Lexus LC 500 Malaysia
Lampu Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia_PanduLaju (8)
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Stereng Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Harga Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia_PanduLaju (18)
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia
Lexus LC 500 Malaysia

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Coupe, Enjin Lexus LC 500 Malaysia, Harga Lexus LC 500 Malaysia, Lexus LC 500, Lexus LC 500 Malaysia, Lexus Malaysia

Comments

  1. joehaz says

    July 28, 2017 at 5:09 PM

    "Harga Hanya RM940,000"

    sakit jantung kami baca tajuk ni

    hanya..hanya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev