• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih

Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih

July 27, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


BRITAIN bersedia mengikut jejak langkah Perancis apabila merancang mengharamkan jualan kenderaan petrol dan diesel baharu bermula 2040 dalam usaha meningkatkan tahap kualiti udara. Menurut The Guardian, pelan akhir akan diumumkan sebelum penghujung bulan ini.

Seorang jurucakap Kerajaan berkata, keputusan tersebut dijangka meredakan kebimbangan orang ramai mengenai tahap kesihatan awam yang berpunca akibat kualiti udara. Menurutnya, Britain dilaporkan membelanjakan sejumlah £2.7 bilion (RM15.09 bilion) setiap tahun disebabkan masalah produktiviti. Malah, ramai menteri di Britain turut bersependapat mengenai risiko alam sekitar terhadapmasalah kesihatan awam di negara itu.

BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

Menurut jurucakap Kerajaan itu;

Kualiti udara teruk ialah risiko alam sekitar terbesar kepada kesihatan awam di Britain, dan Kerajaan bertekad untuk mengambil langkah kuat secepat mungkin.

“Inilah sebab kenapa kami memberikan dana baharu kepada pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan pembangunan pelan tempatan sebagai sebahagian daripada program £3 bilion (RM16.7 bilion) untuk membersihkan udara kotor sekitar jalan raya."

Seiring rancangan pengharaman kenderaan petrol dan diesel menjelang 2040, Kerajaan Britain bakal menguatkuasakan beberapa langkah untuk memulihkan kualiti udara. Antaranya, membekalkan enjin bersih untuk bas dan pengangkutan awam lain.

Ada juga beberapa cadangan lain yang menggesa pihak berkuasa mengenakan cukai ke atas pemilik kenderaan lama yang 'kurang hijau', tetapi tiada sebarang tanda penguatakuasaan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Britain bakal haramkan kenderaan diesel dan petrol, UK, United Kingdom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev