• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Land Cruiser 2.8D MHEV 48V dengan Tambahan 12kW (16ps), Tork 65Nm

Toyota Land Cruiser 2.8D MHEV 48V dengan Tambahan 12kW (16ps), Tork 65Nm

November 24, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

TEKNOLOGI hibrid kereta hari ini bukan seperti dahulu yang bertindak semata-mata sebagai penambah atau pengganti kuasa. Hibrid moden begitu dominan hingga enjin menjadi penjana atau pembekal untuk menghasilkan tenaga elektrik kepada motor bagi menggerakkan roda.

Namun pengguna masih berpeluang merasai enjin pembakaran dalaman yang berfungsi sebagai kuasa utama dengan tambahan kuasa daripada motor elektrik.

Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

Teknologi itu boleh dinikmati pada kenderaan hibrid ringan (MHEV). Terbaharu, Toyota melengkapi teknologi tersebut pada Land Cruiser 2.8D 48V untuk pasaran Britain.

Model baharu tersebut menjanjikan prestasi lebih lancar dan selesa, baik atas jalan raya atau di laluan off-road, tanpa mengorbankan keupayaan unggul kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan untuk meredah rupa bumi mencabar.

Sistem MHEV 48V Baharu

Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

Toyota Land Cruiser baharu dilengkapi sistem 48V yang menggabungkan enjin turbodiesel 2.8L sedia ada bersama transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan.

Komponen MHEV terdiri daripada motor-generator elektrik, bateri hibrid litium-ion, dan inverter DC-DC. Semua komponen itu direka dan diletakkan strategik untuk persekitaran mencabar.

Ini bagi memastikan keupayaan menyeluruh Land Cruiser, termasuk kedalaman meredah air setinggi 700mm, kekal tidak terjejas.

Manfaat Pemanduan

  • Sistem mula-henti (start-stop) enjin yang lebih lancar, senyap dan responsif
  • Pecutan permulaan lancar, linear dan berkuasa

Sistem 48V Toyota direka untuk integrasi mudah dan lebih padat daripada sistem hibrid penuh, yang boleh dipasang pada trenkuasa sedia ada tanpa memerlukan rekabentuk semula besar. Teknologi sama itu turut dipasang pada trak pikap Toyota Hilux baharu.

Komponen Utama Rangkaian Kuasa

Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

Trenkuasa itu menggunakan enjin turbodiesel 2.8L sedia ada Land Cruiser dengan penambahan tiga komponen utama:

1. Motor-Penjana Elektrik

Unit jenis segerak magnet kekal menggantikan alternator konvensional yang digerakkan enjin dan berfungsi untuk mengecas bateri litium-ion.

  • Fungsi: Menyediakan fungsi penjanaan semula tenaga melalui brek enjin, menyokong fungsi mula-henti dan membantu pecutan
  • Off-Road: Motor-generator turut menyokong keupayaan kenderaan untuk meredah halangan off-road. Status operasi (CHG, ECO, atau PWR) ditunjukkan dalam skrin multi-info pemandu
  • Lokasi: Diletakkan tinggi pada blok enjin untuk membolehkan kenderaan meredah air sedalam 700mm pada halaju rendah.

2.Bateri Hibrid Litium-Ion

Bateri 48V mempunyai 13 sel dan kapasiti 4.3Ah, dengan berat hanya 7.6kg.

  • Integrasi: Direka padat dan disepadu bawah susun atur papan dek yang disemak semula bagi mengurangkan kesan kepada ruang muatan
  • Output: Apabila dicas penuh boleh membekalkan kuasa tambahan hingga 12kW (16ps) dan tork 65Nm kepada trenkuasa ketika mula bergerak
  • Perlindungan: Bateri dan inverter DC-DC dilindungi daripada dimasuki air dengan menggunakan udara penyejuk yang diambil dari depan kenderaan dan penapis habuk untuk mengekalkan prestasi dalam suhu tinggi

3. Penegang Tali Sawat Dua Lengan

Direka khusus untuk enjin diesel dan pemanduan jalan kasar.

  • Ciri: Memastikan ketegangan tali sawat yang diperlukan, menyediakan bantuan hidup semula dan meningkatkan respons pecutan. Prestasi bunyi dan getaran setara dengan kenderaan enjin petrol
  • Bahan: Tali sawat menggunakan lapisan fabrik kapas kekuatan tinggi di bahagian bergaris untuk mengurangkan bunyi bising, menyerap air dan mengekalkan pekali geseran dalam keadaan basah. Tali sawat kekuatan tinggi digunakan pada teras tali sawat, bagi meningkatkan reliabiliti apabila mengalami peningkatan ketegangan.

Prestasi Henti-Mula, Keupayaan Pemanduan

Sistem 48V membolehkan prestasi mula-henti enjin yang lebih cepat, lebih senyap, dan kurang kejutan, sekali gus lebih selesa dalam trafik. Kuasa hidup semula enjin lebih cepat kerana motor-generator sentiasa bersambung.

Sistem itu mempunyai fungsi henti-automatik dalam trafik sesak dan mampu dihidupkan semula pada kelajuan tinggi. Pemandu juga boleh memilih tetapan NORMAL atau LONG dengan mod LONG bagi meningkatkan masa henti lahu enjin apabila penyaman udara beroperasi.

Bantuan Mula Gerak

  • Apabila berada di cerun mendaki, sistem mula-henti akan mengekalkan tekanan brek hingga tork pacuan mencukupi dijana bagi memastikan permulaan bergerak yang lancar
  • Atas permukaan rata, sistem mengimbangi sebarang tork pacuan berlebihan ketika enjin dihidup semula
  • Kawalan isipadu suntikan dioptimum untuk menyokong tahap responsif sistem, dan diimbang dengan tahap kejutan yang dialami ketika pecutan

Harga, Spesifikasi

Toyota Land Cruiser 2026 ditawarkan eksklusif sebagai SUV 5-kerusi dalam spesifikasi Invincible.

  • Harga: £80,740 (RM438,060)
  • Penghantaran Pelanggan: Dijangka bermula Mac 2026

Toyota Land Cruiser Invincible 2026

Ciri standard utama (spesifikasi UK Invincible)

  • Rim aloi 20 inci
  • Rel bumbung
  • Bumbung panoramik boleh buka
  • Kemasan kulit dalam kabin
  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci
  • Paparan dongak (HUD)
  • Sistem audio premium JBL dengan 14 pembesar suara

Teknologi Bantuan Pemanduan

  • Multi-Terrain Select: Menyesuaikan tetapan kenderaan secara automatik untuk pelbagai rupa bumi off-road
  • Multi-Terrain Monitor
  • Kunci diferensial belakang elektrik
  • Mekanisme Nyah Sambung Stabiliser (Stabiliser Disconnect Mechanism) baharu Toyota
  • Pakej keselamatan komprehensif Toyota Safety Sense (TSS) sebagai standard
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V
Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Toyota, Toyota Land Cruiser, Toyota Land Cruiser 2.8D 48V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my