
HYUNDAI Motor America memperkenalkan konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak lasak, Hyundai Crater Concept di Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2025 atau AutoMobility LA 2025 sebagai inspirasi semangat eksplorasi.
Direka Pusat Teknikal Hyundai America (HATCI) di Irvine, California, model konsep itu menonjolkan falsafah XRT yang menumpukan kepada perlindungan, konektiviti dan rekabentuk ilham persekitaran ekstrem seperti IONIQ 5 XRT, Santa Cruz XRT dan Palisade XRT PRO.
Rekabentuk Luaran: Art of Steel, Semangat Pengembaraan
Hyundai Crater Concept membawa falsafah Art of Steel, iaitu bahasa rekabentuk yang menterjemah kekuatan dan fleksibiliti besi kepada bentuk beralur lembut, tetapi berkuasa.
Tema Rekabentuk: The Impact of Adventure

- Dibentuk untuk tampak lasak dan mampu menjelajah, dengan badan bersegi, plat bawah besar dan garis yang menonjolkan ketahanan
- Perkadaran kompak berasaskan senibina monokok untuk keanjalan dan kemampuan meredah ke mana sahaja
- Siluet tinggi dengan sudut daki depan (approach) dan pelepasn belakang (departure) yang curam untuk aktiviti off-road serius
Rekabentuk Luaran
- Rim heksagon 18 inci diilhamkan visual asteroid menghentam permukaan metalik, dan dipadankan tayar off-road 33 inci untuk cengkaman dan jarak tinggi bumi lebih tinggi
- Plat bawah lebar berfungsi sebagai pelindung bawah badan dan menguatkan visual lasak
- Rak bumbung direka untuk pemasangan lampu tambahan, storan lebih besar dan aksesori off-road
- Kabel dari bonet ke bumbung (limb risers) yang berfungsi sebagai pelindung daripada dahan rendah di laluan sempit
- Fender tirus dengan gerbang roda lebar menekankan karakter robotik dan visual kedudukan yang gagah
- Panel rocker diilhamkan daripada kotak utiliti-protektif yang melambangkan kesediaan menghadapi pelbagai bentuk muka bumi
- Lampu parametrik piksel dan pencahayaan tidak langsung mencipta efek bertingkat dengan pencahayaan lembut yang menyinari permukaan sekeliling
- Lampu off-road bumbung menampilkan tema piksel gradien Hyundai
- Ciri praktikal seperti cangkuk penyelamatan (recovery) yang turut berfungsi sebagai pembuka botol
- Kamera cermin sisi boleh tanggal dan berfungsi sebagai lampu suluh atau kamera untuk merakam pengembaraan
Rekabentuk Dalaman: The Curve of Upholstery

Kabinnya dibangunkan untuk pencinta teknologi dan pengembaraan lasak, menggabungkan bentuk teknikal dengan material lembut tetapi tahan lasak. Crash pad tinggi bertindak sebagai penyambung visual antara rekaan luar dan dalam.
Antaramuka, Teknologi
- BYOD (Bring Your Own Device) atau 'Bawa Peranti Sendiri' membolehkan pengalaman digital fleksibel mengikut keperluan pengguna
- Paparan dongak (HUD) penuh lebar dengan paparan dan fungsi seperti imej kamera belakang
- Pad rempuh dengan lampu ambien yang tampil menyerlah melalui lubang halus dengan mengeluarkan cahaya lembut
- Aksen tali (strap-inspired) bersama lampu ambien menambah kedalaman visual
Struktur Kabin

- Rangka keselamatan berfungsi dengan hendal genggam (grab handle) untuk naik turun lebih mudah, memberikan rasa keselamatan dan keyakinan ketika meneroka
- Kerusi jenis memeluk dengan pad tiga dimensi dan sokongan sisi tebal untuk stabiliti ketika off-road
- Penyandar kepala ergonomik, kusyen silinder dan tali keledar 4-poin
- Stereng petak dengan paparan piksel tengah dan butang mod rupa bumi (terrain)
Butiran Dalaman
- Crater Man, maskot simbolik dengan elemen interaktif tersembunyi
- Kit pertolongan cemas (sisi penumpang)
- Pemadam api (sisi pemandu)
- Pembesar suara Bluetooth di konsol tengah boleh ditanggal
- Lampu apertur tersembunyi mencipta efek cahaya unik
- Konsol tengah bentuk silinder di tengah kabin dengan indikator visual mekanikal
Kelengkapan Off-Road
Hyundai Crater Concept bukan sekadar gaya, tetapi direka dengan fungsi sebenar untuk menerokai kawasan mencabar.
Ciri Off-Road Utama
- Kontroler Off-Road gaya gear untuk kawalan penuh sistem kunci difrensial terhad (LSD) depan dan belakang, pengurusan cengkaman dan brek.
- Mod Pemilih Permukaan: Snow, Sand, dan Mud
- Kawalan Turun Bukit (HDC)
- Kawalan Brek Treler (TBC)
- Kompas
- Altimeter
Warna, Material: Dune Gold Matte / Black Ember Interior
Warna Badan: Dune Gold Matte
- Diinspirasikan landskap pantai dan gurun California, gabungan bayang hijau-keemasan, tebing berangin dan rumput keemasan.
- Menampilkan karakter moden dan muda dengan elemen budaya meluncur serta gaya hidup luar.
- Aksen jingga anod pada titik sentuhan menambah personaliti ceria dan kontras.
Material Dalaman: Black Ember
- Direka untuk tahan lumpur, pasir dan penggunaan lasak ketika merentas kawasan berbatu California
- Seperti jaket lama dipakai, material itu membentuk patina semasa ke semasa sambil kekal tahan lasak terhadap persekitaran
- Aksen jingga menghubungkan kabin dengan elemen luar seperti matahari terbenam padang pasir
- Gabungan kulit hitam, Alcantara hitam, kemasan logam berus (brushed metal) dan corak topografi sebagai gambaran visual perjalanan
























































Leave a Reply