• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah Jawapan Kenapa Tiada Lagi Motosikal Turbo?

Inilah Jawapan Kenapa Tiada Lagi Motosikal Turbo?

July 30, 2017 By ZY 2 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


"NAK lagi power, sumbat TURBO je bos!"

Itulah kata-kata yang kerap disebut kaki bikin kereta sekitar era 1990-2000-an menerusi lambakan model-model Proton berkongsi asas enjin sama dengan kereta prestasi tinggi buatan Mitsubishi yang membuatkan proses modifikasi turbo jadi lebih mudah.

Sehingga kini, enjin turbo dilihat sebagai sumber penambah tenaga paling efisien, tidak kira kepada kereta berstatus ekonomi seperti Volkswagen Vento hingga model prestasi tinggi seperti Honda Civic Type R.

Kenapa hari ini tiada motosikal praktikal seperti Honda RS150R, atau superbike Yamaha R1 didatangkan dengan enjin turbo sebagai ciri standard?

Pertama, kita fokuskan dahulu kepada motosikal praktikal sesaran rendah seperti kapcai atau sportbike kegunaan harian. Memandangkan motosikal-motosikal kategori itu kebanyakannya didatangkan dalam konfigurasi enjin 1 atau 2-silinder, aliran gas dihasilkan tidak cukup kuat untuk mendorong (boost) turbo.

Perlu diketahui, turbo ialah teknologi induksi paksaan menggunakan aliran gas ekzos untuk menjana kuasa. Janaan kuasa itu diperoleh daripada putaran turbin kompresor yang mendesak lebih banyak udara masuk ke dalm kebuk pembakaran, sekali gus menghasilkan pembakaran lebih kuat.

Apakah yang berkalu jika tiada aliran ekzos kuat untuk memutarkan kompresor turbo?

  • Terotel perlu dibuka lebih besar untuk meningkatkan pelepasan ekzos, dan menelan lebih banyak bahan api.
  • Tempoh janaan pendorong turbo yang lebih lama membuatkan kuasa hanya boleh dicapai pada rev tinggi.

Justeru, jika anda mengharapkan turbo mampu membekalkan kuasa munasabah dan pada masa sama turut memberikan penjimatan bahan api seperti kereta, secara teori agak mustahil. Malah, proses memadankan enjin turbo ke atas kenderaan kecil seperti motosikal adalah lebih rumit selain membelanjakan kos lebih tinggi berbanding meningkatkan sesaran enjin. Jadi, penggunaan enjin turbo untuk motosikal seakan tidak berbaloi.

"Nak kapcai turbo? Bikin sendiri!"

Bagaimana Pula Jika Wang Bukan Kekangan?

Bagi menjawab persoalan di atas, kita lihat dahulu carta kuasa dan tork yang dihasilkan beberapa model superbike moden seperti di bawah. Kecuali Kawasaki Ninja H2 yang menggunakan enjin supercaj, semua model lain didatangkan dengan enjin aspirasi natural (NA).

Lihatlah, tidak kira konfigurasi enjin NA atau supercaj, semua superbike di atas sudah mampu menjana kuasa 200hp dan tork lebih 100Nm. Dalam konteks mudah faham, superbike tersebut sudah cukup berkuasa untuk membawa anda memecut 0-100kmj sepantas kurang 3 saat, termasuk mampu mencapai angka kelajuan maksimum 300kmj!

Belum cukup? Masih mahukan pengeluar mengeluarkan superbike yang lebih berkuasa berenjin turbo?

Berdasarkan senarai di atas, memang bukan masalah untuk masing-masing pengeluar menghasilkan motosikal berenjin turbo. Malah, nama-nama besar seperti Kawasaki, Yamaha, Honda dan Suzuki memang pernah melancarkan motosikal turbo.

Dari jauh sudah nampak tulisan turbo. Pandai-pandailah nak ke tepi sebelum kena cucuk.

Namun, bukan keupayaan enjin jadi penghalang pengeluar superbike tersebut. Jika dilihat angka tork Ducati Panigale S (144.7Nm), misalnya, kuasa maksimum jentera itu secara teori masih boleh ditingkatkan dengan menala tork sekitar 100Nm seperti superbike lain.

Penghalang sebenar superbike atau motosikal jika berenjin turbo ialah kemampuan roda belakang dan kadar cengkaman tayar untuk menampung ledakan kuasa yang dihasilkan. Lebih penting, bagaimanakah respon enjin ketika terotel dipulas.

Turbo memberikan kuasa kepada enjin menerusi turbin yang berputar, tetapi memerlukan sedikit masa, dipanggil jeda turbo atau turbo lag, sebelum putaran turbin menyalurkan kuasa.  Ketika awal membuka terotel, kuasa enjin terasa hambar hingga beberapa detik kemudian barulah tambahan kuasa 20hp akan terrasa secara mengejut pada roda belakang.

Memang seronok jika dapat memecut dalam laluan lurus, tetapi apabila di selekoh dengan keupayaan tayar sudah mencapai had, anda sebenarnya sedang meletakkan diri dalam risiko kemalangan? Hah, tidak pasal-pasal dapat tiket percuma ke alam barzakh.

Semua alasan tersebut ialah sebab kenapa turbo tidak lagi digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin motosikal. Namun, itu tidak bermakna usaha dan kajian mencari kuasa maksimum sudah berakhir. Penggunaan supercas, misalnya, seperti dimiliki Kawasaki H2R mampu membuatkan jentera dua roda itu menjana kuasa kuda hingga 326hp! Pada masa sama hantaran kuasa tetap responsif dan turut memiliki ciri bantuan penunggang.


KESIMPULAN

Benar, turbo adalah antara teknologi induksi paksaan yang efisien dan kini menjadikan enjin pilihan banyak pengeluar automotif. Namun, penggunaan enjin turbo untuk motosikal bukanlah keperluan mendesak, lebih-lebih lagi kemajuan teknologi masa kini membolehkan anda memiliki motosikal yang cukup laju, cekap tenaga dan paling penting ada ciri keselamatan untuk perlindungan penunggang.

Jadi, turbo untuk motosikal, biarlah kekal sebagai hobi sahaja.

* Mari tengok dahulu Honda RS150R Turbo hasil kerja bengkel tempatan Chuin Li Motor di utara sana.

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: enjin turbo, motorsikal turbo, rs150r turbo, turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev