
PROJEK Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitar dijangka dibuka kepada orang ramai 31 Disember nanti, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata, projek itu kini berada dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan, dengan tumpuan penuh diberikan kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pemenuhan teknikal sebelum tarikh pembukaan disahkan secara rasmi.
Tarikh pembukaan bergantung kepada keputusan ujian akhir, termasuk pelaksanaan fault-free run (FFR)bagi memastikan tiada gangguan teknikal apabila operasi bermula," kata Loke.
956 Kakitangan Sudah Dilantik untuk Operasi LRT3

Bagi memastikan kelancaran operasi, Rapid Rail Sdn Bhd melantik 956 kakitangan setakat ini, terdiri daripada pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan, dan sokongan.
Penambahan tenaga kerja itu adalah sebahagian persediaan awal menjelang pelancaran perkhidmatan LRT3 yang bakal menjadi nadi pengangkutan terbaharu di Lembah Klang.
Kebocoran KLIA Terminal 1: Loke Mahu Tindakan Tegas
Mengulas isu lain, Loke menyifatkan insiden kebocoran bumbung di Terminal 1 KLIA baru-baru ini sebagai sesuatu yang "memalukan dan sukar dimaafkan."
Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang terlibat, khususnya jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kontraktor perlu dipertanggungjawabkan. Insiden ini mencemarkan imej negara," katanya.
MOT Tidak Kompromi Bab Kenderaan Lebih Muatan
Pada masa sama, Loke menegaskan pendirian Kementerian untuk tidak berkompromi dengan isu kenderaan membawa muatan berlebihan, yang sudah berlarutan selama berdekad.
Beliau menekankan, hanya dengan ketegasan penguatkuasaan dan komitmen politik kuat, isu keselamatan jalan raya itu dapat ditangani.
Belanjawan 2026: MOT Lulus RM6.77 Bilion
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bernilai RM6,767,918,800 bagi Kementerian Pengangkutan dalam Belanjawan 2026 , dengan lebih suara bersetuju.
SUMBER: BeritaRTM
Leave a Reply