• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #JMS2025: Coupe Konsep Ultra-Mewah, Toyota Century Mampu Saingi Model Eropah!

#JMS2025: Coupe Konsep Ultra-Mewah, Toyota Century Mampu Saingi Model Eropah!

October 31, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Century Concept | JMS 2025

PADA Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Toyota mengejutkan ramai peminat kereta apabila memperkenalkan coupe konsep, Toyota Century yang bukan sekadar model, tetapi sebagai subjenama ultra-mewah yang kini berdiri sendiri.

Ini bukan Century biasa, tetapi versi baharu, yang menyasarkan pelanggan kelas atas yang top of the top, untuk bersaing dengan jenama mewah antarabangsa seperti Bentley dan Rolls-Royce.

Identiti, Strategi Jenama

Toyota Century Concept | JMS 2025

Toyota Century kini berdiri sendiri sebagai jenama mewah terpisah daripada Toyota dan Lexus. Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, Toyota mahu menjadikan Century sebagai lambang 'kebanggaan Jepun' di pentas global.

Pada JMS 2025, Toyota mempersembahkan model konsep Century Coupe 'One-of-One', iaitu sebuah coupé eksklusif saiz tinggi (crossover-coupe), tanpa pilar-B konvensional dan dilengkapi pintu gelongsor untuk memberikan profil premium.

Rekabentuk Eksterior, Warna Ikonik

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Model coupe itu memakai warna amber yang sangat 'menyala', hasil daripada 60 lapisan cat yang diaplikasikan teliti dan cukup menonjol atas pentas JMS.

Rupa depan menampilkan lampu LED strata (dual-stack) dan gril sarang lebah (honeycomb) yang menonjol, dan lengkap dengan lambang burung Phoenix klasik Century.

Bahagian sisi juga unik dengan pintu gelongsor sebelah kiri ala kenderaan pembagai guna (MPV) mewah, dan garis badan elegan serta tinggi untuk memberikan siluet megah, dan gagah.

Kabin, Kemewahan Dalaman

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Dari dalam, konsep itu membawa susun atur eksklusif dan berbeza tanpa tempat duduk penumpang hadapan, yang mana pemandu dan penumpang belakang dipisahkan dengan konsol kayu dan partisyen 'laser beam' merah yang naik ke siling untuk sentuhan futuristik dan misteri.

Stereng gaya 'yoke', dengan paparan digital mengelilingi pemandu: satu untuk kluster instrumen, satu untuk unit infotainmen, dan satu lagi untuk kawalan kenderaan.

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Bahan dalaman pula sangat premium apabila  Toyota menggunakan elemen kraftangan Jepun seperti kain Nishijin-ori dan ukiran logam Edo, bersama jam analog klasik di tengah papan pemuka.

Prestasi, Teknologi

Toyota masih belum mengumumkan spesifikasi teknikal penuh untuk konsep coupe itu, tetapi ada laporan mendakwa mungkin menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) V6 3.5L, sama seperti varian SUV Century, dalam pacuan semua roda (AWD).

Namun, fokus utama konsep Toyota Century itu bukan hanya kuasa, tetapi lebih kepada pengalaman pemanduan mewah, senyap dan sangat elegan, sesuai dengan peranan sebagai kereta dengan drebar (chauffeur).

Sasaran, Posisi Pasaran

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Dengan memperkenalkan Century sebagai jenama tersendiri, Toyota memberi isyarat jelas: Century bukan sekadar model mewah, tetapi identiti ultra eksklusif dalam dunia automotif.

Toyota menyasarkan pelanggan kelas atas seperti individu yang menghargai ketekunan kraf Jepun dan mementingkan eksklusiviti, serta bukan pembeli biasa.

Tarikh Pelancaran, Harga

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Setakat ini, Toyota masih belum mengumumkan tarikh pengeluaran atau harga rasmi coupe Century itu, kerana masih berada pada tahap konsep, dan belum jelas sama akan memasuki barian pengeluaran dalam masa terdekat.

Harga juga dirahsiakan, yang sesuai dengan status ultra-mewah dan kemungkinan besar dikeluarkan dalam unit terhad, atau berdasarkan permintaan.

Toyota Century di JMS 2025 bukan sekadar nostalgia, tetapi simbol evolusi mewah Jepun ke tahap global. Dengan rekabentuk coupe yang sangat berbeza, materikal kelas atasan, dan status jenama sendiri, Century baharu mampu menjadi pesaing serius jenama mewah Eropah.

Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025
Toyota Century Concept | JMS 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Japan Mobility Show (JMS) 2025, model konsep, Model Ultra-Mewah, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Roda5, Toyota, Toyota Century, Toyota Motor Corporation (TMC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my