• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMNO Terengganu Gesa Kerajaan Negeri Semak Semula Pinjaman RM6.4j Beli Kereta Baharu

UMNO Terengganu Gesa Kerajaan Negeri Semak Semula Pinjaman RM6.4j Beli Kereta Baharu

November 13, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Tular dokumen kelulusan pinjaman RM200,000 setiap ADUN, Exco Terengganu

UMNO Terengganu menggesa Kerajaan Negeri menilai semula keputusan meluluskan pinjaman RM6.4 juta bagi membiayai pembelian kereta baharu untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan barisan Exco, berikuta kritikan terhadap keutamaan perbelanjaan yang didakwa tidak selari keadaan ekonomi rakyat.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, keputusan itu mencalarkan imej Kerajaan Negeri dan menimbulkan persepsi kepimpinan sedia ada gagal memahami realiti semasa rakyat.

Dalam keadaan rakyat berdepan tekanan ekonomi dan kekurangan peluang pekerjaan, keputusan Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman rasmi bagi pembelian kereta baharu untuk ADUN dan Exco sangat mengecewakan.

"Rakyat menantikan berita baik dalam pembentangan Bajet 2026, tapi apa diumumkan seolah-olah lebih mengutamakan kemewahan wakil rakyat daripada kebajikan rakyat," katanya dalam kenyataan semalam.

Gesa Dana Disalur Semula kepada Rakyat

Slogan negeri Terengganu - Maju, Berkat, Sejahtera

Nik Dir menegaskan, langkah itu tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat dan bercanggah dengan semangat slogan 'Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera'.

UMNO Terengganu menggesa supaya keputusan berkenaan disemak semula dan diperincikan supaya dana RM6.4 juta itu dapat disalurkan kepada inisiatif yang memberi impak langsung kepada rakyat seperti pembangunan komuniti, peluang ekonomi anak muda, dan projek asas peringkat daerah.

Kerajaan Negeri perlu kembali kepada prinsip mendahulukan rakyat, bukan keselesaan pemimpin. Dana itu jauh lebih bermakna jika digunakan untuk menambah baik kesejahteraan masyarakat daripada membeli kenderaan baharu," katanya.

Tular Dokumen Kelulusan Pinjaman RM200,000 Setiap ADUN, Exco

Tular dokumen kelulusan pinjaman RM200,000 setiap ADUN, Exco Terengganu

Terdahulu, tular dokumen Kertas Dewan Undangan Negeri bertarikh 29 Oktober 2025, yang menunjukkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang meluluskan pinjaman maksimum RM200,000 kepada Menteri Besar, Yang Dipertua DUN, barisan Exco dan ADUN bagi tempoh empat tahun.

Kenyataan itu turut menyebut keputusan MMKN terdahulu bertarikh 11 Julai 1990 dan 5 Mac 1997 dibatalkan dengan pelaksanaan enakmen baharu tersebut.

Nik Dir menegaskan, rakyat kini mahukan kepimpinan yang benar-benar memahami kesusahan mereka, bukan yang dilihat mementingkan kemewahan diri.

Negeri ini tidak akan maju jika pembangunan rakyat diketepikan. Kerajaan perlu menilai semula keputusan seperti ini kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri," katanya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bajet 2026, berita automotif Malaysia, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, Exco Terengganu, isu politik Terengganu, kenderaan rasmi kerajaan, kerajaan negeri Terengganu, pembelian kenderaan rasmi, pinjaman kereta ADUN, UMNO Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my