• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KKR: Lebuhraya NPE 2 Dijangka Siap 2029

KKR: Lebuhraya NPE 2 Dijangka Siap 2029

November 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Majlis pecah tanah Lebuhraya NPE 2 - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

PROJEK sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) 2 bernilai RM1.7 bilion dijangka siap dan mula beroperasi pada 2029, sekali gus bakal menjadi laluan alternatif utama untuk mengurangkan kesesakan di koridor Pantai Dalam-Bangsar-Mahameru.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek NPE 2 sepanjang 6.4km dari Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana direka khas di bawah Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040.

Apabila siap nanti, pengguna boleh jimat hingga 25 minit perjalanan dari Bangsar atau Mid Valley menuju ke Subang Jaya.”

Tambahnya, selain memberi manfaat kepada pengguna jalan raya, projek itu juga dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat, terutama di kawasan Pantai Dalam, Bangsar dan Lembah Pantai, melalui pembangunan sektor perumahan, komersial dan perkhidmatan.

Dibiayai Syarikat Konsesi, Tanpa Beban Kerajaan

Majlis pecah tanah Lebuhraya NPE 2 - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Majlis pecah tanah Lebuhraya NPE 2 - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Alexander turut menjelaskan, keseluruhan kos pembangunan NPE 2 ditanggung subsidiari milik penuh IJM Corporation Berhad (IJM), New Pantai Expressway Sdn Bhd.

Tiada beban kewangan kepada Kerajaan. Ini contoh terbaik kerjasama Awam-Swasta (PPP) dalam pembangunan infrastruktur mampan," katanya.

Sistem Tol MLFF Guna AI Sedang Dipertimbang

Majlis pecah tanah Lebuhraya NPE 2 - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Dalam pada itu, Alexander turut memaklumkan, enam syarikat sudah menyatakan minat untuk membida projek sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Pelaksanaan sistem ini akan dibuat secara perniagaan ke perniagaan (B2B) antara penyedia perkhidmatan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

"Kami mahu sistem terbaik dan paling efisien, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pastikan perjalanan pengguna lebih lancar, selamat dan selesa," katanya.

SUMBER: AstroAwani | FB Kementerian Kerja Raya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alexander Nanta Linggi, Auto Terkini, Kementerian Kerja Raya (KKR), New Pantai Expressway Sdn Bhd, Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040, Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my