
HARLEY-Davidson telah mendedahkan sebahagian model baharu untuk barisan motosikal 2026 melalui laman rasmi H-D.com serta video pelancaran “Model Year 2026 Reveal – Chapter One – November 3rd” di YouTube. Model-model ini bakal tiba di rangkaian pengedar sah Harley-Davidson di seluruh dunia dalam masa terdekat.
Fasa Kedua pelancaran termasuk koleksi eksklusif Custom Vehicle Operation (CVO) akan didedahkan pada 14 Januari 2026.
Model 2026 yang Telah Diumumkan
Grand American Touring: Street Glide® & Road Glide®
Dua model ikonik touring jarak jauh ini terus menawarkan gabungan kemewahan, prestasi dan keselesaan untuk penunggang yang mengutamakan perjalanan jauh.
Direka untuk pengembaraan rentas negara, kedua-duanya menampilkan teknologi terkini serta perincian untuk menambah prestasi.
Cruiser Line-Up: Enam Model dengan Identiti Berbeza
Harley-Davidson memperkenalkan enam motosikal Cruiser, masing-masing membawa gaya dan karakter unik:
- Low Rider® S
- Low Rider® ST
- Heritage Classic
- Breakout®
- Fat Boy®
- Street Bob®
Setiap model menerima Milwaukee-Eight® 117 dengan talaan unik (perbezaan intake, exhaust, profil cam dan mod tunggangan) bagi menghasilkan personaliti prestasi tersendiri. Semua model turut dilengkapi sistem Rider Safety Enhancements by Harley-Davidson.
Sport Line-Up: Sportster® S, Nightster® Special & Nightster®
Gabungan prestasi tinggi dan teknologi moden, model Sport 2026 tampil dengan sentuhan rekaan diinspirasikan warisan Harley-Davidson.
Model Sport menerima:
- Penutup enjin rekaan baharu untuk imej lebih custom
- Pilihan pakej baharu Nightster dengan warna Blood Orange, grafik diinspirasikan perlumbaan Flat Track, pelindung ekzos krom dan rim aluminium 14-jejari
- Model Sport 2026 akan tiba di pengedar di seluruh dunia pada awal 2026.
Adventure Touring: Pan America® 1250 Special & Pan America® 1250 ST
Untuk penunggang yang menjadikan touring sebagai detouring, model Pan America® 1250 kekal sebagai motosikal adventure-touring unggul Harley-Davidson. Pan America 1250 Special menawarkan versatiliti tinggi dengan teknologi canggih untuk pelbagai jenis permukaan jalan.
Pan America 1250 ST pula ditala untuk prestasi sport-touring dengan:
- Suspensi dan brek premium
- Rim 17 inci dengan tayar prestasi
- Quickshifter standard
- Model Adventure Touring 2026 juga akan tiba di pengedar seluruh dunia awal 2026.
Ketersediaan & Variasi Pasaran
Semua model tertakluk kepada ketersediaan. Spesifikasi, varian, warna dan harga mungkin berbeza mengikut pasaran. Untuk maklumat lanjut, pelanggan disarankan menghubungi pengedar Harley-Davidson berhampiran.
Semangat Harley-Davidson
Harley-Davidson terus menjadi simbol kebebasan dan pengembaraan, menawarkan rangkaian motosikal merangkumi Grand American Touring, Sport, Adventure Touring, Cruiser dan Trike, selain pilihan Harley-Davidson Certified™ pre-owned, aksesori Motor Parts, MotorClothes®, dan perkhidmatan kewangan. Maklumat penuh boleh didapati di H-D.com.




























Leave a Reply