• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Dedah Foto Rasmi MPV Baharu, Nama 'Expander' Belum Sahih

Mitsubishi Dedah Foto Rasmi MPV Baharu, Nama 'Expander' Belum Sahih

July 24, 2017 By Azhan O 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS kecoh dengan penyebaran foto kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu Mitsubishi, Expander (2017), pengeluar automotif dari Jepun itu hari ini mendedahkan foto rasmi model tersebut yang dijadualkan melakukan debut antarabangsa sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO 2017 bermula 10 -20 Ogos ini.

Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander, tetapi nama rasmi sebenar belum pun didedahkan, sebaliknya akan diumumkan ketika  dirasmikan kelak. Apakah masih nama sama ataupun akan berubah? Jadi, buat masa sekarang, Mitsubishi lebih selesa menggelarkan MPV tersebut dengan julukan 'MPV Generasi Seterusnya' atau Mitsubishi Next-Generation MPV.

Khabarnya, model serba baharu  ini bakal tampil dengan gabungan kelasakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan keluasan kabin sebuah MPV. Rekabentuk agresif dikatakan mengambil ilham konsep dan bahasa rekabentuk sama yang diterapkan pada model-model baharu Mitsubishi sedia ada.

Dari pandangan hadapan, lampu utama jenis halogen diposisikan pada sudut sisi bampar yang nyata berbeza dengan pesaingnya, manakala kedudukan tipikal lampu depan diubah menjadi lampu siang (DRL) LED.

RUANG PENUMPANG SELESA SETIAP BARIS

Rekaan kabin mampu memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu dengan tiga barisan tempat duduk. Tiada perincian diumumkan mengenai ruang dalaman selain memaklumkan saiz ruang tempat duduk yang luas di setiap baris penumpang.  Penampilan dalaman lain yang ketara ialah papan pemuka dua-tona, sistem infotainment di konsol tengah dan butang kawalan jenis putar untuk tetapan penyaman udara.

MPV baharu ini bakal dikuasakan enjin baharu, 1.5L petrol yang dipadankan dengan transmisi manual dan automatik. Pemasangan pula akan dibuat di kilang baharu Mitsubishi dekat Bekasi dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Apa pendapat anda tentang MPV baharu Mitsubishi ini? Menarik?

GALERI

mitsubishi-expander-pandulaju-4
mitsubishi-expander-pandulaju-1
mitsubishi-expander-pandulaju-2
mitsubishi-expander-pandulaju-3

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: foto Mitsubishi Expander (2017), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mitsubishi, Mitsubishi Expander (2017), MPV, MPV baharu Mitsubishi 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev