• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Advance Perkenal Pelincir Motosikal Premium di MotoGP 2025

Shell Advance Perkenal Pelincir Motosikal Premium di MotoGP 2025

October 26, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SHELL Malaysia meraikan 26 tahun kerjasama teknikal bersama Ducati Corse dalam saingan MotoGP dengan pelancaran produk terbaharu, Shell Advance Ultra 10W-50 (API SP).

Pelincir motosikal premium yang kini menjadi penanda aras prestasi global. Pelancaran ini berlangsung sempena MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC).

Teknologi Termaju PurePlus - Kuasa, Prestasi dan Perlindungan Maksimum

Dirumus dengan teknologi Shell PurePlus, proses inovatif yang menukar gas asli kepada minyak asas jernih 99.5% tulen, Shell Advance Ultra direka untuk menawarkan kuasa optimum, prestasi tinggi dan perlindungan menyeluruh kepada enjin. Kini dengan piawaian API SP terkini, pelincir ini membolehkan penunggang menunggang dengan lebih yakin dan lancar.

Menurut Darlina Mohd Sibi, Pengurus Besar Kumpulan Shell Lubricants MY/SG dan Asia Tenggara:

“Shell Advance, jenama minyak motosikal No.1 di Malaysia, terus memperkukuh kerjasama teknikal dengan Ducati Corse — membawa inovasi dunia perlumbaan MotoGP ke jalan raya Malaysia. Produk utama kami, Shell Advance Ultra, dibangunkan bersama Ducati dan diuji di bawah keadaan ekstrem untuk memberi kuasa, perlindungan dan prestasi yang tiada tandingan.”

Diuji & Dibuktikan Lebih Hebat

Dalam ujian rawak yang dijalankan baru-baru ini, pelumba memilih Shell Advance Ultra berbanding pelincir berasaskan ester kerana prestasi pecutan, penukaran gear dan tahap bunyi enjin yang lebih baik. Malah, Shell Advance Ultra mengekalkan kuasa enjin sehingga 20,000 km, menjadikan enjin lebih 90% bersih, serta menawarkan penjimatan bahan api hingga 5 km lebih jauh bagi setiap liter.

Kejayaan Bersama Ducati Corse

Kerjasama jangka panjang Shell dan Ducati telah menghasilkan kejayaan besar termasuk treble bersejarah pada musim 2025, dengan kemenangan dalam Kejohanan Dunia Pasukan, Pengeluar dan Pelumba MotoGP bersama Marc Marquez. Produk ini juga merupakan satu-satunya pelincir motosikal yang digunakan dan disyorkan oleh Ducati Corse.

Mauro Grassilli, Pengarah Sukan Ducati Corse, menambah:

“Lebih dua dekad Ducati mempercayai Shell Advance di peringkat tertinggi MotoGP. Tahun ini kami meraikan kejuaraan Konstruktor keenam berturut-turut bersama Shell Advance — dan kini kami berbangga membawa teknologi kemenangan ini kepada penunggang di Malaysia.”

Kempen #CrazyGoodOil & Program Global Master Mechanic

Pelancaran Shell Advance Ultra turut menandakan permulaan kepada kempen #CrazyGoodOil, menampilkan pelumba Ducati Corse Marc Marquez dan Francesco Bagnaia. Pelbagai aktiviti menarik untuk pengguna dan pengedar akan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Acara MotoGP di Sepang ini turut dihadiri lebih 140 peserta Global Master Mechanic, program anjuran Shell yang meraikan juruteknik terbaik dunia dan memperkukuh jaringan profesional global dalam bidang penyelenggaraan motosikal.

Varian Lain Dalam Siri Shell Advance

Selain produk utama Advance Ultra 10W-50, rangkaian Shell Advance turut merangkumi:

  • Advance Power 15W-50
  • Advance Long Ride 10W-40
  • AX7 Semi-Synthetic Series (10W-40 & 15W-50)

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Shell Malaysia di: Shell.com

Shell Advance Ultra 1
Shell Advance Ultra 2
Shell Advance Ultra 3
Shell Advance Ultra 4
Shell Advance Ultra 5
Shell Advance Ultra 6
Shell Advance Ultra 7
Shell Advance Ultra 8
Shell Advance Ultra 9
Shell Advance Ultra 10
Shell Advance Ultra 11
Shell Advance Ultra 12
Shell Advance Ultra 13
Shell Advance Ultra 14
Shell Advance Ultra 15
Shell Advance Ultra 16
Shell Advance Ultra 17
Shell Advance Ultra 18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Minyak Pelincir, Shell Advance, Shell Advance Ultra, Shell Advance Ultra 10W-50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev