• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu!

Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu!

October 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

BHPETROL hari ini rasmi melancarkan stesen BHPetrol Bandar Tun Razak dengan imej baharu yang lebih moden, selesa dan mesra pelanggan.

Jika anda biasa melalui kawasan Bandar Tun Razak, pasti kenal stesen tersebut yang sudah lama beroperasi sejak dibuka pada 1996 di bawah jenama BP, sebelum bertukar kepada BHPetrol pada 14 Februari 2006 sempena penjenamaan semula rasmi semua stesen BP di Malaysia.

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

Kini, selepas hampir dua dekad, stesen itu tampil dengan wajah baharu yang melambangkan semangat jenama tempatan BHPetrol. Majlis pelancaran turut dirasmikan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, Ismadi Sakirin.

Bukan Sekadar Isi Minyak, Tapi Pusat Kemudahan Lengkap

Stesen baharu tersebut menawarkan bahan api premium BHPetrol Infiniti Petrol 95, Infiniti 97, Diesel B10 dan Diesel B7, dengan formulasi aditif khas untuk prestasi lebih baik dan enjin lebih bersih.

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

Lebih menarik, pengguna masih menikmati harga petrol bersubsidi (BUDI95) hasil pelaksanaan skim subsidi Kerajaan, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat bandar.

Selain mengisi minyak, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti Kenangan Coffee, BHPetromart, ruang solat selesa, dan tandas besar serta bersih yang menjadikan stesen berkenaan lokasi ideal untuk berehat seketika dalam perjalanan.

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

Komitmen BHPetrol kepada Komuniti

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad menjelaskan mengenai kepentingan kerjasama berterusan antara BHPetrol, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi Kerajaan.

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

Kami berharap usahasama strategik bersama DBKL serta PDRM akan diteruskan dengan komitmen tinggi supaya dapat memberi impak positif bukan saja kepada perniagaan, tetapi juga pengguna secara keseluruhan.

"BHPetrol juga menyedari peranan sesebuah stesen minyak bukan sekadar menyalurkan bahan api, tetapi turut berfungsi sebagai pusat kemudahan harian kepada masyarakat setempat," katanya.

Imej Baharu Tarik Lebih Ramai Pengguna

Pelancaran semula stesen BHPetrol Bandar Tun Razak dengan imej baharu itu bukan sekadar simbol penjenamaan semula, tetapi juga komitmen BHPetrol dalam menyediakan pengalaman pelanggan lebih baik.

Dengan rekabentuk moden, kemudahan lengkap dan lokasi strategik, stesen tersebut menjadi contoh bagaimana sebuah stesen minyak mampu berfungsi sebagai pusat komuniti harian, bukan sekadar tempat mengisi minyak.

BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu
BHPetrol Bandar Tun Razak berwajah baharu

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BHPetrol, BHPetrol Bandar Tun Razak, Ir Azizul Azily Ahmad, stesen minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev