• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bekas CEO McLaren dan CTO Ferrari, Dr Michael Leiters Dilantik Bos Baharu Porsche!

Bekas CEO McLaren dan CTO Ferrari, Dr Michael Leiters Dilantik Bos Baharu Porsche!

October 22, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

CEO baharu Porsche, Dr Michael Leiters

LEMBAGA Penyeliaan Porsche AG mengumumkan pelantikan Dr Michael Leiters sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Pelantikan itu menandakan peralihan pucuk pimpinan selepas Dr Oliver Blume (foto bawah) yang menerajui Porsche AG sebagai CEO selama 10 tahun dan akan terus berkhidmat sebagai CEO Volkswagen Group.

Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume

Pengerusi Lembaga Penyeliaan Porsche AG, Dr Wolfgang Porsche merakamkan penghargaan atas sumbangan Dr Blume.

Sebagai CEO Porsche AG, Dr Oliver Blume memikul tanggungjawab besar dalam tempoh mencabar dan berjaya menguruskan syarikat.

"Lembaga Penyeliaan Porsche AG mengucapkan terima kasih kepada Dr Blume atas komitmen beliau yang kukuh. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama erat dan penuh kepercayaan dengan beliau sebagai CEO Volkswagen Group," katanya.

Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume

Di bawah kepimpinan Blume, Porsche AG mencatatkan rekod baharu dalam prestasi tahun kewangan, berjaya melaksanakan Tawaran Awam Permulaan (IPO), meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, dan mencapai kejayaan bersejarah dalam sukan permotoran.

Beliau juga menyediakan perubahan generasi dalam Lembaga Eksekutif Porsche secara strategik dan berjangka panjang.

Blume, yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Volkswagen Group dan Porsche AG, menjelaskan keputusan beliau untuk menyerahkan tugas tersebut.

Selepas 10 tahun bertanggungjawab untuk Porsche AG, saya memutuskan menyerahkan tugas saya kepada pengganti saya akhir tahun demi kepentingan Volkswagen Group.

"Saya bernasib baik dapat membangunkan sebuah syarikat hebat bersama pasukan cemerlang.

"Saya gembira kerana Michael Leiters, seorang profesional berpengalaman dalam perniagaan kereta sport, mengambil alih peranan ini.

"Beliau dan pasukan pengurusan baharu mendapat kepercayaan penuh saya. Saya mendoakan kejayaan mereka.” - Dr Oliver Blume, CEO Volkswagen Group

Leiters bersama McLaren, Ferrari

CEO McLaren, Dr Michael Leiters

Pengganti Blume, Leiters bukan wajah asing dalam industri kereta sport. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai CEO McLaren Automotive dari Julai 2022 hingga April 2025. Sebelum tempoh tersebut, beliau ialah Ketua Pegawai Teknikal (CTO) untuk Ferrari selama lebih lapan tahun.

Beliau juga mempunyai sejarah panjang dengan Porsche AG dan pelantikan tersebut bagaikan sirih pulang ke gagang.

Porsche Macan GTS 2025
Porsche Macan GTS 2025

Sebelum berhijrah ke Ferrari, Leiters memegang pelbagai jawatan di Porsche selama lebih 13 tahun dengan jawatan terakhir bertanggungjawab ke atas siri model Porsche Macan dan Porsche Cayenne.

Wolfgang menyatakan keyakinan terhadap pucuk pimpinan baharu.

Dr Michael Leiters mempunyai pengalaman berdekad dalam industri automotif. Gaya kepimpinan dan kepakaran mendalam beliau adalah pra-syarat ideal untuk berjaya mempengerusikan Lembaga Eksekutif Porsche AG.

Beliau dan seluruh pasukan Lembaga Eksekutif di Porsche AG diberi kepercayaan Lembaga Penyeliaan dalam mengatasi cabaran semasa," katanya.

Dr. Michael Leiters
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Porsche Macan GTS 2025
Porsche Macan GTS 2025
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dr. Michael Leiters, Dr. Oliver Blume, Michael Leiters, Oliver Blume, Porsche, Porsche AG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my