• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

October 21, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

WMoto Bobbie 450s

JENAMA motosikal tempatan, WMoto memperkenalkan model cruiser terbaharu, WMoto Bobbie 450s sempena majlis perasmian Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd.

Cruiser itu menampilkan gabungan rekabentuk klasik dan teknologi moden yang ditawarkan pada harga RM19,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans dalam  tiga warna pilihan: Ground Sand Ash (biru cerah), Gulf Custom (kelabu kusam) dan Matte Black (hitam).

Enjin, Prestasi

WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s

WMoto Bobbie 450s dijana enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 449cc DOHCpeneyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 37kW (49.6hp) @ 9,500rpm dan tork 39Nm @ 7,600rpm.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat dengan pacuan akhir rantai.

Suspensi, Keselesaan

WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s

Sistem suspensi jenis fork teleskopik 29º di depan dan dwi-absorber boleh laras (belakang), dengan masing-masing jarak travel 130mm dan 100mm yang menjamin tunggangan stabil dan selesa dalam pelbagai kondisi jalan.

Brek, Keselamatan

WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s

Ciri keselamatan WMoto Bobbie 450s dilengkapi brek cakera apung 320mm di depan dan brek cakera 256mm (belakang) yang kedua-dua brek dipasang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Rekabentuk, Dimensi

WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s

Rekabentuk WMoto Bobbie 450s mengekalkan aura klasik melalui rim jejari dengan dimensi panjang 2,240mm, lebar 820mm dan tinggi 1,065mm, manakala jarak roda 1,510mm.

Tinggi pelana 650mm sesuai untuk pelbagai saiz penunggang, manakala jarak tinggi bumi 200mm dan berat kering 190.5kg. Kapasiti tangki petrol 15 liter cukup untuk memastikan jarak perjalanan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Ciri Moden, Keselesaan Tunggangan

Semua lampu seperti lampu utama, lampu belakang, lampunsignal belok dan lampu kecemasan menggunakan sistem LED, termasuk lampu siang (DRL). Panel meter digital penuh memaparkan pelbagai maklumat penting, manakala port USB Type-A memudahkan peranti elektronik dicas sepanjang tunggangan.

Ciri lain diberikan ialah:

  • Suis keselamatan tapak sisi
  • Pemegang dan tuas brek boleh laras (kiri/kanan)
  • Mufler kembar
  • Brek parkir
  • Damper stereng untuk kestabilan tambahan
  • Pelana dwi empuk untuk keselesaan jarak jauh
  • Bateri 12V9Ah sebagai sumber kuasa

Waranti, Sokongan

Setiap pembelian WMoto Bobbie 450s dipakejkan bersama waranti dua tahun tanpa had perbatuan dan akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Dengan rekabentuk bergaya, prestasi mengagumkan dan teknologi moden, WMoto Bobbie 450s menjadi pilihan ideal untuk mereka yang mahukan sebuah cruiser berjiwa klasik dengan teknologi masa kini.

WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s
WMoto Bobbie 450s

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: cruiser, Mforce, Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd, roda2, WMoto, WMoto Bobbie 450S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev