KINETA Sdn Bhd, penyedia penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) di bawah naungan SIME Group, kini rasmi menjalin kerjasama strategik dengan POWERBEE Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd, anak syarikat kepada Solarvest Holdings Berhad - pakar tenaga bersih yang mempunyai kehadiran di lapan negara Asia Pasifik.
Gabungan ini bukan sekadar simbolik. Ia membawa misi besar iaitu menyediakan infrastruktur pengecas EV yang dikuasakan tenaga solar, sekali gus membuka lebih banyak akses kepada tenaga bersih untuk komuniti kediaman dan korporat seluruh negara.
EV + Solar = Sinergi Mapan
Gabungan KINETA dan Solarvest akan menyokong sasaran negara ke arah Emisi Sifar selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Apa yang menarik?
- Pembangunan stesen pengecas EV bersepadu solar
- Penubuhan Green Mobility Hubs
- Solusi tenaga mampan untuk syarikat dan komuniti
- Promosi penyelesaian solar untuk pengguna kediaman melalui produk Vestech
Siapa KINETA ni?
- Antara penyedia pengecas EV paling aktif di Malaysia
- Lebih 12,000 unit pengecas AC dan DC telah dijual
- 7,500+ pemasangan untuk runcit dan komersial
- Pasukan dalaman ST-certified - pemasangan selamat & patuh piawaian
- App ‘KINETA Charge’ yang canggih dan interoperable dengan Powerbee, TnGo dan OEM tempatan
Peranan Solarvest dan POWERBEE
Di bawah jenama POWERBEE, kedua-dua pihak akan:
- Terokai pembangunan solar-integrated EV chargers
- Bina kemudahan pengecas dengan tenaga boleh diperbaharui
- Sediakan latihan teknikal dan sokongan kepada pasukan jualan KINETA
- Galakkan pemilik rumah beralih kepada penyelesaian solar Vestech
Kerjasama ini bukan sekadar partnership - ia satu komitmen jangka panjang ke arah ekosistem mampan yang menggabungkan mobiliti hijau dan tenaga boleh diperbaharui,” kata Pengarah Urusan KINETA, Sunny Lee.
Apa Maksudnya Untuk Anda, Pemilik EV?
- Lebih banyak stesen pengecas EV mesra alam akan dibangunkan
- Akses lebih lancar antara aplikasi KINETA Charge dan Powerbee
- Peluang gunakan tenaga solar di rumah dengan bantuan KINETA dan Vestech
- Pilihan pengecas yang patuh piawaian dan disokong sokongan teknikal tempatan
Leave a Reply