• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

October 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Johan Raja Lawak buka kedai motosikal EV dengan sokongan GGR Motor

PELAWAK dan selebriti tanah air, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak kini rasmi menceburi dunia mobiliti elektrik dengan pelancaran kedai motosikal EV pertama miliknya, GGR x Johan.

Menariknya, kolaborasi itu hasil kerjasama strategik bersama GGR Motor, iaitu antara pemain aktif dalam industri mobiliti elektrik tempatan.

Lokasi Strategik Sebelah Restoran Itik Ke Ayam?

Kedai GGR x Johan ini dibuka di Taman Melawati, lokasi sama menempatkan restoran popular milik beliau sendiri, Itik ke Ayam.

Langkah itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut sebagai destinasi gaya hidup urban yang mesra alam.

Dirasmikan KJ, Turut Hadir Rakan Artis

Johan Raja Lawak buka kedai motosikal EV dengan sokongan GGR Motor
Johan Raja Lawak buka kedai motosikal EV dengan sokongan GGR Motor

Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran beberapa figura terkenal termasuk Datuk Aflin Shauki, Ajak Shiro, dan tokoh politik serta bekas Menteri, Khairy Jamaluddin (KJ) yang juga diberi penghormatan merasmikan pembukaan rasmi kedai tersebut.

Teknologi Canggih, Model Menarik Ditawarkan

Johan Raja Lawak buka kedai motosikal EV dengan sokongan GGR Motor
Johan Raja Lawak buka kedai motosikal EV dengan sokongan GGR Motor

Kedai GGR x Johan menawarkan pelbagai model motosikal elektrik yang dilengkapi teknologi moden seperti:

  • Bateri berkapasiti tinggi
  • Sistem pengecasan pantas
  • Ciri keselamatan terkini

Antara model utama menjadi tumpuan ialah Lion G1, yang dilengkapi motor berkuasa 3,000W, dan mampu mencapai kelajuan antara 35-70kmj bergantung mod tunggangan, dan boleh menempuh jarak hingga 120km sekali cas penuh.

Lebih Sekadar Bisnes Biasa

Menurut Johan, kehadirannya dalam dunia EV bukan semata-mata perniagaan, tetapi lebih kepada menyokong misi Malaysia ke arah emisi sifar dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan mobiliti hijau dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama ini, saya boleh membantu dalam memperluaskan lagi penggunaan EV di Malaysia, terutama dalam sektor Kerajaan, swasta, dan lain-lain lagi, di samping melestarikan lagi alam sekitar," ujar Johan ketika majlis pelancaran.

Selebriti Dunia EV Tarik Minat ke Arah Gaya Hidup Lestari

Kemasukan selebriti terkenal seperti Johan Raja Lawak ke dalam industri EV dilihat sebagai langkah strategik menarik lebih ramai pengguna mula menimbangkan alternatif mobiliti lebih bersih, moden dan mesra alam.

Dengan pelancaran GGR x Johan, bukan saja pasaran motosikal elektrik tempatan bakal berkembang, tetapi turut memperkukuhkan lagi komitmen negara dalam mencapai sasaran pembangunan mampan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GGR Motor, GGR X Johan, johan raja lawak, Kenderaan Elektrik (EV), KJ, Lion G1, Motosikal Elektrik (EV), motosikal EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my