• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Malaysia Umum Barisan Kenderaan Tahun 2026

Volvo Malaysia Umum Barisan Kenderaan Tahun 2026

October 17, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

VOLVO Car Malaysia kini mengesahkan barisan penuh kenderaan untuk Model Year 2026, dengan pengenalan varian baharu EC40 Single Motor, versi XC60 yang diperbaharui, serta warna eksklusif baharu untuk SUV unggulan XC90.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes berkata,

“Dengan pelancaran XC60 yang diperbaharui dan EC40 Single Motor, kami memperkukuh pilihan untuk pelanggan tempatan. Fokus kami kekal pada kenderaan yang menggabungkan keselamatan, prestasi dan kelestarian dan kami amat teruja menyambut ketibaan sedan elektrik pertama Volvo untuk Malaysia tidak lama lagi.”

XC60 2026: Lebih Segar, Lebih Pintar

Model XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid kini ditawarkan dari RM362,888, manakala varian XC60 B5 AWD Mild Hybrid bermula dari RM328,888.

Reka bentuk baharu menampilkan gril depan lebih agresif dan sistem air suspension, manakala jarak pemanduan elektrik mencecah 89km (WLTP) cukup untuk pemanduan bandar tanpa pelepasan karbon. Dengan lebih 450Nm tork, XC60 T8 menggabungkan kuasa dan kecekapan dalam satu pakej.

Untuk pemandu yang mahukan pengalaman tanpa perlu mengecas, varian B5 Mild Hybrid menawarkan prestasi lancar dan penjimatan bahan api menerusi sistem hibrid ringan 48V.

EC40 Single Motor: Varian Elektrik Paling Mampu Milik

Menjadi tambahan baharu untuk 2026, Volvo EC40 Single Motor Ultra ditawarkan pada harga RM248,888. Dikuasakan motor elektrik belakang 175kW (238hp), model ini mampu memecut 0–100km/j dalam 7.3 saat.

Bateri 70kWh membolehkan jarak pemanduan sehingga 488km (WLTP), dan boleh dicas pantas dari 10% ke 80% dalam hanya 26 minit menggunakan pengecas DC. Warna baharu Sand Dune juga diperkenalkan, melengkapkan pilihan warna Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.

XC90 2026: SUV Keluarga Premium Dengan Sentuhan Baharu

SUV terunggul XC90 kini ditawarkan dalam warna baharu Aurora Silver, melengkapi pilihan sedia ada: Onyx Black, Denim Blue dan Crystal White.

Terdapat dua pilihan kuasa, T8 Plug-in Hybrid (462hp, 709Nm) dan B5 Mild Hybrid (249hp, 350Nm), masing-masing berharga RM434,888 dan RM418,888.

Kedua-dua varian dilengkapi trim Ultra, termasuk:

  • Paparan tengah 11.2 inci dengan sistem Volvo Car UX generasi baharu
  • Paparan pemandu digital 12.3 inci dan Head-Up Display
  • Pilot Assist dengan kawalan jelajah adaptif
  • Kamera 360°, sistem audio Bowers & Wilkins, tempat duduk hadapan berpenyejuk & pemanas dengan fungsi memori, bumbung suria panoramik, dan kawalan suhu empat zon.

Antaramuka Baharu: Volvo Car UX

Semua model Volvo 2026 kini dilengkapi sistem Volvo Car UX generasi baharu, direka untuk operasi lebih mudah dengan susun atur menegak, butang besar dan pintasan dinamik seperti akses segera kepada drive mode ketika menghidupkan enjin atau butang kamera 360° semasa parkir.

Pandu Uji Sekarang

Dengan kemas kini tahun 2026, Volvo Car Malaysia kini menawarkan barisan SUV yang lebih elektrifikasi, bermula dari EX30 dan XC40 B5, diikuti EC40 Single & Twin Motor, serta model keluarga XC60 dan XC90. Melengkapkan barisan, EX90 menjadi simbol keselamatan tertinggi Volvo setakat ini.

Kesemua model Volvo kini boleh ditempah dan diuji pandu di pusat pameran seluruh negara, atau melalui laman rasmi Volvo Car Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Volvo, Volvo Car, Volvo Car Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my