SURUHANJAYA Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) umum tawaran perkhidmatan feri percuma sempena perayaan Deepavali pada 20 Oktober ini.
Tawaran itu melibatkan perjalanan dua hala antara Pangkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth) dan Pangkalan Raja Tun Uda (Pulau Pinang) mengikut jadual operasi sedia ada.
Menurut Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, penumpang hanya perlu tunjuk MyKad atau MyKid di terminal untuk menikmati perjalanan percuma tersebut.
Inisiatif ini sebagai penghargaan sempena perayaan Deepavali dan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam air di Pulau Pinang.
SUMBER: PenangPort
Leave a Reply