• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tawar Diskaun 30 Peratus Tiket ETS Sempena Deepavali

KTMB Tawar Diskaun 30 Peratus Tiket ETS Sempena Deepavali

October 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KTMB tambah dua tren ETS sempena sambutan Deepavali

SEMPENA sambutan Deepavali, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus bagi tambang tren elektrik (ETS) untuk laluan KL Sentral-Kluang-KL Sentral.

Tawaran itu sah untuk pembelian tiket dari 20 Oktober - 30 November, manakala perjalanan pula antara 24 Oktober dan 30 November 2025.

Ketua Pegawai Teknikal KTMB, merangkap tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, diskaun boleh ditebus menggunakan kod promosi GO2KLUANG30 ketika membeli tiket.

Sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan."

Tiket Tambahan, Persediaan Musim Perayaan

Bagi menampung lonjakan permintaan sempena perayaan, KTMB menyediakan 278,792 tiket untuk tempoh 16 - 26 Oktober, seperti:

  • 124,908 tiket ETS
  • 46,684 tiket KTM Intercity (ERT, ES dan Shuttle Timuran)
  • 107,200 tiket Shuttle Tebrau

Turut disediakan dua tren tambahan ETS laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral bermula 17 hingga 22 Oktober melibatkan 3,780 tiket tambahan yang mula dijual sejak 7 Oktober.

Inisiatif ini bukan saja bagi memenuhi keperluan perjalanan tinggi sempena Deepavali, tetapi juga usaha KTMB menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih selamat, selesa dan mampan."

Keselamatan, Khidmat Pelanggan Dipertingkat

KTMB turut menempatkan anggota polis bantuan dan petugas tambahan di stesen utama bagi membantu penumpang serta meningkatkan keselamatan di platform.

Penumpang dinasihatkan tiba sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu berlepas kerana pintu masuk ditutup lima minit sebelum tren bergerak.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.ktmb.com.my atau melalui talian pusat panggilan KTMB 03-9779 1200.

1,000 Pek Deepavali Diedarkan di Stesen Utama

Logo KTMB

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, KTMB turut mengedarkan 1,000 pek Deepavali kepada penumpang perkhidmatan ETS dan Komuter di Stesen KL Sentral dan Stesen Butterworth.

Pek tersebut mengandungi muruku, kacang campur dan minuman yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Pengerusi KTMB, Datuk Ahmad Redza Abdullah dan Ahmad Nizam.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkiini, Deepavali 2025, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), Tren ETS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my