• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 1,111 Anggota, Pegawai JSPT Bertugas Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

1,111 Anggota, Pegawai JSPT Bertugas Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

October 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

SERAMAI 1,111 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu kota pada 26 - 28 Oktober ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penugasan tersebut melibatkan 91 pegawai kanan polis dan 1,020 pegawai rendah polis, membabitkan kawalan trafik, pengiringan kenamaan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Penugasan JSPT bermula 17 hingga 29 Oktober bagi memastikan pergerakan delegasi dan laluan utama berada dalam keadaan terkawal serta selamat."

Raptai Pergerakan Motoked Bermula 17 Oktober

Raptai pergerakan motoked akan dijalankan 17 - 24 Oktober, melibatkan laluan dari Kompleks Bunga Raya KLIA dan TUDM Subang ke beberapa lokasi seperti hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, KLCC, dan Seri Negara.

Penutupan Sementara, Lencongan Laluan Sekitar KL

Mohd Yusri berkata, Malaysia akan menerima kehadiran delegasi ASEAN pada 26 Oktober ini, dan penutupan jalan akan dilaksanakan berperingkat melibatkan:

  • Enam lebuh raya utama: Lebuh KLIA, ELITE, NKVE, Guthrie, PLUS dan MEX
  • Beberapa jalan utama pusat bandar: Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching

Nasihat JSPT kepada Pengguna Jalan Raya

Beliau menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mengelak laluan terlibat dan mematuhi arahan anggota trafik di lokasi.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel dan bas bagi mengurangkan kesesakan di kawasan pusat bandar."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Penutupan jalan, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my