• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Rakyat Malaysia Guna Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon BUDI95

Loke: Rakyat Malaysia Guna Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon BUDI95

October 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Rakyat Malaysia miliki lesen memandu Singapura layak dapat BUDI95

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) kini boleh memohon subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu bertujuan membantu warga Malaysia yang bekerja di Singapura, tetapi menggunakan lesen republik tersebut atas urusan pekerjaan, terutama dalam sektor seperti pemandu bas, perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.

MOT prihatin terhadap maklum balas rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, khususnya mereka dalam sektor perkhidmatan yang terkesan dengan pelaksanaan BUDI95."

Laman Khas JPJ Dibuka untuk Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman khas JPJ di BUDI95lesenSG.jpj.gov.my, manakala semakan status kelayakan boleh dilakukan selepas 14 hari menerusi portal rasmi www.budi95.gov.my.

Loke menjelaskan, semua permohonan akan dikemuka kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk penelitian lanjut mengikut syarat berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia
  • Mempunyai LMS yang masih sah
  • Memiliki permit kerja sah di Singapura

Subsidi Kekal untuk Kenderaan Daftar di Malaysia

Beliau turut menegaskan subsidi BUDI95 hanya layak untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia. Rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di Singapura boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) selepas membatalkan lesen republik itu mengikut prosedur sedia ada.

Langkah itu diharap dapat membantu memudahkan urusan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura supaya turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan subsidi bahan api negara."

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan (MOT), Lesen Memandu Singapura (LMS), Ron95, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my