• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Mula Guna Kamera Badan untuk Pertingkat Ketelusan, Lindungi Anggota di Lapangan

JPJ Mula Guna Kamera Badan untuk Pertingkat Ketelusan, Lindungi Anggota di Lapangan

October 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ mula guna kamera badan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melangkah ke fasa baharu apabila anggota penguat kuasa mula dilengkapi kamera badan body-worn camera (BWC) bagi menghadapi operasi berisiko tinggi di lapangan.

Langkah itu bukan saja menambah baik keselamatan pegawai ketika bertugas, tetapi turut membantu memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilakukan lebih telus dan profesional.

Logo JPJ

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengenalan kamera badan menjadi bukti kesungguhan agensi Kerajaan itu memodenkan sistem penguatkuasaan, selain memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap integriti anggota JPJ.

Teknologi ini membolehkan pegawai kami menjalankan tugas dengan lebih selamat sambil merakam bukti sekiranya berlaku sebarang perselisihan ketika operasi."

Beliau berkata, pelaksanaan fasa pertama membabitkan 100 unit kamera badan, diagihkan berperingkat bermula Ibu Pejabat JPJ dan JPJ Negeri. Menjelang tahun depan, jumlah itu akan diperluas kepada lebih ramai pegawai penguat kuasa seluruh negara.

Rakaman Tak Boleh Dihenti Hingga Tamat Tugasan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut menjelaskan penggunaan kamera badan itu akan dikawal rapi dengan setiap rakaman diaktifkan sebaik saja anggota melapor tugas dan tidak boleh dimatikan hingga selesai tugasan.

Fasa awal ini menelan kos RM2.3 juta, dan menurut Loke, langkah berkenaan sebahagian strategi Kerajaan meningkatkan integriti dan ketelusan dalam penguatkuasaan jalan raya.

Kamera badan bukan sekadar alat keselamatan, tetapi simbol ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam."

Tambah 60 Senjata Api Baharu untuk Tingkat Siap Siaga

Aedy turut memaklumkan Kerajaan meluluskan perolehan 60 pistol baharu tahun ini bagi memperkukuh kesiapsiagaan pegawai JPJ di lapangan, khususnya ketika berdepan situasi berisiko tinggi.

Setakat ini, JPJ memiliki lebih 400 senjata api seluruh negara, dan penambahan baharu itu dijangka meningkatkan keselamatan operasi, terutama dalam operasi khas melibatkan kenderaan perdagangan berat.

Langkah memperkenalkan kamera badan dan penambahan senjata api ini mencerminkan komitmen Kerajaan memperkukuh profesionalisme dan keselamatan anggota JPJ."

Dengan pelaksanaan teknologi BWC dan keupayaan penguatkuasaan yang semakin moden, JPJ kini bersedia mendepani cabaran baharu jalan raya dengan lebih efisien, berintegriti dan telus yang seiring matlamat Budi MADANI.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kamera badan, Kementerian Pengangkutan (MOT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev