• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Lebih 350,000 Lesen Memandu Diperbaharui Sejak Pelaksanaan BUDI95

Loke: Lebih 350,000 Lesen Memandu Diperbaharui Sejak Pelaksanaan BUDI95

October 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBANYAK 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudah memperbaharui lesen mereka sejak pengenalan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) pada 22 September lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, angka itu turut mencatat peningkatan 38 peratus dalam urus niaga harian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak pelaksanaan inisiatif subsidi tersebut.

Peningkatan ini bukan saja menunjukkan sambutan positif rakyat terhadap BUDI95, tetapi juga kesedaran semakin tinggi mengenai kepentingan memiliki lesen memandu sah."

JPJ Buka Kaunter Tambahan Hujung Minggu

Logo JPJ

Bagi menampung peningkatan urusan pembaharuan lesen, JPJ mengambil langkah membuka kaunter tambahan pada Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta pada Sabtu dan Ahad di negeri lain.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai proaktif dan wajar dipuji kerana memudahkan urusan rakyat tanpa menjejaskan waktu kerja.

Setakat ini, tiada sebarang aduan diterima walaupun jumlah pembaharuan lesen meningkat mendadak."

JPJ Kukuh Integriti, Laksana 86 Peratus Inisiatif Antirasuah

Dalam pada itu, Loke turut menegaskan JPJ kekal komited memperkukuh integriti menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPJ 2021-2025, dengan 86 peratus inisiatif dilaksanakan.

Beliau juga memaklumkan JPJ kini diiktiraf SIRIM QAS International dengan pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS), hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pensijilan ini membuktikan JPJ berada di barisan depan dalam pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah bertaraf antarabangsa."

JPJ Kekal Tegas, Tolak Rasuah

Loke menegaskan komitmen dasar sifar toleransi terhadap rasuah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang melanggar etika perkhidmatan.

Beliau turut menambah pelbagai inisiatif seperti Ops Luxury, Ops Khas Gempur Perdagangan, Program MyLesen, dan sistem e-Testing adalah bukti integriti menjadi asas utama keberkesanan pelaksanaan dasar JPJ.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lesen memandu Malaysia (LMM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my