• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 11 Juta Rakyat Malaysia Nikmati BUDI95

Lebih 11 Juta Rakyat Malaysia Nikmati BUDI95

October 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan subsidi RON95

KEMENTERIAN Ekonomi (MOF) memaklumkan lebih 11 juta rakyat Malaysia kini menikmati harga petrol RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) setakat 13 Oktober lalu.

Kementerian berkata, sistem BUDI95 beroperasi lancar dan stabil, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi bersasar Kerajaan.

Data Penerima Sentiasa Dikemas Kini

Dalam jawapan bertulis di portal Dewan Rakyat, Kementerian menjelaskan senarai penerima BUDI95 dikemas kini secara berkala berdasarkan data terkini bagi memastikan tiada individu layak, tetapi tercicir daripada menerima manfaat program tersebut.

Kerajaan juga prihatin terhadap mereka yang tidak memiliki e-dompet atau tinggal di kawasan dengan capaian Internet terhad. Pelbagai kaedah pengesahan dan pembayaran diperkenalkan, termasuk pengesahan fizikal MyKad serta bayaran tunai di kaunter stesen minyak."

Perhatian untuk Sabah, Sarawak

Bot sungai Sarawak
Bot sungai Sarawak

Menjawab soalan Riduan Rubin (BEBAS–Tenom) mengenai jaminan kerajaan terhadap rakyat Sabah yang berdepan jurang digital dan capaian internet lemah, Kementerian menegaskan Kerajaan turut mengambil kira keperluan unik penduduk Sabah dan Sarawak.

Antaranya golongan yang tiada lesen memandu, tetapi menggunakan bot petrol sebagai pengangkutan harian.

Melalui kerjasama Kerajaan Negeri, lebih 23,000 pengguna bot dan nelayan sudah dikenal pasti dan diluluskan untuk menerima kuota 300 liter sebulan di bawah program BUDI95.

Program Berjalan Lancar, Rakyat Terus Nikmati Manfaat

Kementerian menegaskan pelaksanaan BUDI95 terus dipantau bagi memastikan keberkesanan dan ketelusan sistem PADU sebagai asas penentuan subsidi petrol RON95.

Dengan penambahbaikan berterusan, Kerajaan yakin setiap rakyat Malaysia yang layak akan terus menikmati manfaat subsidi ini tanpa mengira lokasi atau keadaan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Kementerian Kewangan (MOF), Ron95, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my