HONDA CB650R 2026 diperkenalkan yang kini hadir dalam empat warna baharu dengan mengekalkan rekabentuk Neo Sports Café yang menjadi identiti naked bike 4-silinder itu.
Walaupun tiada perubahan dari segi prestasi, model tersebut terus menonjol dengan teknologi moden seperti panel meter TFT 5 inci dan pilihan sistem Honda E-Clutch.
Rekabentuk Neo Sports Café
Honda CB650R 2026 kekal bergaya dengan konsep Neo Sports Café yang diperkenalkan sejak 2018, menerusi rekabentuk minimalis dan elemen moden yang diinspirasikan daripada dunia jam tangan berteknologi tinggi.
- Menampilkan perkadaran trapezoid, ekor pendek dan lampu depan LED condong.
- Tangki bahan api direka panjang dengan permukaan besi sebenar yang menonjolkan kejuruteraan enjin 4-silinder sebaris
- tinggi pelana 810mm, dilengkapi port USB Type-C bawah pelana
- Panel meter TFT warna 5 inci menggunakan teknologi optical bonding untuk bacaan jelas dalam cahaya terang
- Paparan boleh diubah antara mod Bar, Circle, dan Simple, serta menyokong Honda RoadSync untuk navigasi, muzik dan panggilan melalui sambungan Bluetooth.
- Kawalan skrin menggunakan suis empat arah dengan lampu latar di kiri hendal.
Pilihan Warna 2026
Bagi 2026, Honda CB650R ditawarkan dengan empat warna baharu, semuanya dengan perincian Graphite Black Metallic:
- Mat Gunpowder Black Metallic (hitam)
- Mat Jeans Blue Metallic (biru)
- Candy Energy Orange (jingga)
- Grand Prix Red (merah)
Casis, Suspensi
- Frem keluli berlian (Steel Diamond Frame) direka dengan keseimbangan ketegaran untuk kawalan terbaik
- Fork terbalik (USD) Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) 41mm dan monoshock boleh laras prabeban 10-tetapan
- Brek cakera kembar 310mm dengan kaliper radial-mount 4-piston dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran (depan), dan brek cakera tunggal 240mm dengan ABS dwi-saluran (belakang).
- Rim aloi aluminium 17 inci dengan tayar 120/70-ZR17 (depan) dan 180/55-ZR17 (belakang)
- Berat 205kg (standard) dan 207kg (E-Clutch)
Enjin, Prestasi
- Enjin 4- silinder sebaris 649cc DOHC 16-injap penyejukan cecair berkuasa 94hp @ 12,000rpm, tork 63Nm @ 9,500rpm
- Varian 35kW (47hp) ada disediakan untuk pemegang lesen A2 (Eropah)
- Dilengkapi ciri kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman roda belakang
- Nisbah mampatan 11.6:1 dengan palam pencucuh iridium dan sistem ambilan udara kembar menghasilkan bunyi berkarakter
- Penjimatan bahan api 20.4km pr literl (mod WMTC), dengan jarak lebih 300km menerusi tangki 15.4 liter
- Patuh piawaian Euro5, dengan unit kawalan elektronik (ECU) dan penukar bermangkin dikemas kini
Teknologi Honda E-Clutch
- Membolehkan penunggang menukar gear tanpa menarik tuil klac, hanya menekan pedal gear
- Boleh digunakan secara manual biasa jika mahu
- Tambahan berat hanya 2kg berbanding model standard
- Klac dikawal dua motor elektrik dalam penutup enjin kanan, yang melaras putaran enjin, sudut pedal dan tekanan klac untuk anjakan gear lancar dan pantas
- Penunggang boleh memilih fiil anjakan gear: HARD, MEDIUM atau SOFT untuk naik-turun gear
- Sistem memberi amaran gear terlalu tinggi melalui simbol pada skrin TFT
Aksesori Rasmi
Ada tiga pakej rasmi disediakan:
- Style Pack: Panel aluminium premium, penutup radiator, pelindung sisi tangki, tolok aras minyak merah anod
- Sport Pack: Penukar gear pantas (untuk versi bukan E-Clutch), flyscreen, penutup pelana belakang, kowl bawah dan pelindung tangki.
- Comfort Pack: Pemanas grip 5-tahap, beg tangki dan beg belakang boleh laras (17 liter hingga 22 liter)
Leave a Reply