• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Operasi Mula 2026!

SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Operasi Mula 2026!

October 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SAIC Motor Malaysia rancang CKD EV pertama di Melaka, 2026.

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan rancangan memulakan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan MG pertama di Malaysia separuh pertama 2026, hasil kerjasama strategik dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).

Langkah itu bakal menjadi tonggak penting kepada perkembangan MG di Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama kenderaan tenaga hijau (NEV) di Asean.

Fokus Kenderaan Tenaga Hijau, Lokalisasi

SAIC Motor Malaysia rancang CKD EV pertama di Melaka, 2026.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, CKD di Melaka akan menumpukan kepada tiga aspek utama seperti kemampuan milik (affordability), penghantaran pantas, dan tahap lokalisasi.

Fasiliti itu kalak bakal memasang pelbagai model seperti kenderaan elektrik (BEV), hibrid (HEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) di bawah satu bumbung.

Pemasangan tempatan (CKD) akan menjadi detik penting yang membawa kami lebih dekat kepada pelanggan dan memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau MG."

Kerjasama Strategik bersama EPMB

Sementara itu Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, kerjasama itu menjadikan SAIC Motor sebagai rakan OEM kedua syarikat itu selepas Proton, sekali gus menandakan kelahiran EV pertama yang akan dipasang di kilang EPMB Melaka.

Kami akan bekerjasama dengan pembekal tempatan termasuk dalam pemasangan pek bateri MG, sekali gus memperkukuh ekosistem vendor dan memberi nilai tambah kepada pasaran Malaysia."

Setiap unit CKD MG akan melalui pemeriksaan ketat di bawah Program Kualiti SAIC bagi memastikan mutu pembuatan setanding piawaian global.

MG Perluas Rangkaian, Populariti di Malaysia

Sejak pelancaran rasmi jenama itu lebih setahun lalu, SAIC Motor Malaysia kini mempunyai 26 pengedar sah MG seluruh negara, termasuk tiga bilik pameran di Sarawak dan tiga premis bakal dibuka tidak lama lagi.

Antara model utama MG ketika ini ialah MG S5 EV dan Cyberster Roadster elektrik, dengan Cyberster mencatat jualan terbaik di Asia dan Oseania.

Malaysia Jadi Hab Baharu SAIC Asean?

SAIC Motor Malaysia turut menekankan beberapa faktor utama pemilihan Malaysia sebagai tapak pemasangan:

  • Hubungan dua hala erat Malaysia-China sejak 50 tahun lalu
  • Kedudukan strategik di Asean bagi pengedaran serantau
  • Potensi tenaga kerja mahir dan vendor tempatan yang menyokong ekosistem EV

Pelaburan tersebut bukan saja mewujudkan peluang pekerjaan baharu, tetapi menjadi pemangkin kepada pembangunan kajian dan pembangunan (R&D) automotif dan teknologi hijau di Malaysia.

Pengumuman ini hanya permulaan. Bersama rakan kongsi dan bakat tempatan, kami sedang membina masa depan lebih inovatif, mampan dan penuh peluang demi menggerakkan Malaysia ke depan bersama MG."

Menerusi rancangan CKD, MG bukan saja memperkukuh kehadiran jenama itu di Malaysia, tetapi mengukuhkan lagi visi SAIC Motor untuk menjadikan negara ini hab utama NEV serantau menjelang 2030.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EP Manufacturing Berhad (EPMB), Kenderaan Elektrik (EV), MG Motor Malaysia, Pemasangan Tempatan (CKD), SAIC Motor Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev