PETRON Malaysia meneruskan usaha memperkukuh perkhidmatan pelanggan dengan pelancaran rasmi kempen 'PASTI OK' di stesen Petron Shah Alam Seksyen 24, sebagai kesinambungan daripada pelancaran awal, September lalu.
Kempen itu selaras pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang menekankan tiga langkah utama - Semak, Bayar, Isi. Melalui inisiatif itu, Petron bukan sekadar pembekal bahan api, tetapi juga tampil sebagai penyedia perkhidmatan mesra komuniti, bersih dan inklusif.
Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek (foto atas, dua dari kanan) berkata;
PASTI OK bukan sekadar slogan, tetapi satu janji. Kami mahu setiap pelanggan rasa tenang setiap kali singgah di stesen Petron - dengan tandas bersih, kakitangan mesra dan suasana selamat."
Isyarat Tangan 'PASTI OK' dan Sokongan Komuniti
Menariknya, kempen itu turut memperkenalkan isyarat tangan rasmi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi 'PASTI OK', yang disahkan Persekutuan Orang Pekak Malaysia sebagai simbol keterangkuman dan penghargaan kepada komuniti kurang upaya.
Kemudahan Lebih Mudah, Ganjaran Lebih Pantas
Petron turut memperkenalkan kaunter khas BUDI95 di semua stesen untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat subsidi.
Malah, sistem baharu membolehkan pengguna mengumpul mata ganjaran PMiles hanya menggunakan MyKad tanpa memerlukan kad fizikal.
Dengan kempen 'PASTI OK', Petron terus membuktikan komitmen untuk menjadi stesen minyak mesra rakyat, menyediakan pengalaman singgah lebih selesa, pantas dan mesra yang selaras semangat 'PASTI OK, Semak, Bayar, Isi!'.
Leave a Reply